Anugerah Bintang Popular BH atau ABPBH 37 merupakan antara majlis anugerah tertua di negara ini dan penganjurannya kembali sekali lagi pada tahun 2025 ini.
ABPBH pertama kali dianjurkan pada tahu 1987 ini penganjuran pada tahun ini merupakan edisi ke 37 ABPBH.
Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format pengundiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.
Edisi ke-37 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dilancarkan dengan mengangkat tema ‘SATUKeunggulan’ yang membawa mesej penghargaan terhadap kejayaan artis tempatan yang terus mengangkat bakat Dan kebolehan mereka, bukan sahaja di tanah air, malah menembusi pentas antarabangsa pada era digital yang penuh mencabar.
Senarai Kategori ABPBH Ke-37 (2025)
ABPBH 37 menampilkan kategori 16 kategori utama dan lima kategori ekstra. Berikut merupakan senarai kategori Utama yang dipertandingkan pada ABPBH 2025 kali ini:
- Artis Baharu Lelaki Popular
- Artis Baharu Wanita Popular
- Penyanyi Lelaki Popular
- Penyanyi Wanita Popular
- Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
- Aktor Filem Popular
- Aktres Filem Popular
- Aktor Pembantu Filem Popular
- Aktres Pembantu Filem Popular
- Aktor TV Popular
- Aktres TV Popular
- Aktor Pembantu TV Popular
- Aktres Pembantu TV Popular
- Penyampai Radio Popular
- Pengacara TV Popular
- Artis Komedi Popular
Berikut pula adakah senarai kategori Ekstra pada tahun ini:
- Gandingan Serasi Drama Popular
- Gandingan Serasi Filem Popular
- Lagu Paling Boom Popular
- Artis Kontroversi Popular
- Seller Terpaling Popular
Trofi tertinggi, iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 37, akan diberikan kepada calon yang meraih undian tertinggi dalam satu kategori utama, disertai dengan markah daripada juri profesional.
Selain itu, turut disampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan besar tokoh seni dalam memajukan industri hiburan tempatan.
Senarai Pemenang ABPBH
Berikut adalah senarai lengkap pemenang Anugerah Bintang Popular BH 37:
- Penyampai radio popular – Haiza
- Artis baharu lelaki popular – Jazmy Juma
- Artis baharu wanita popular – Umairah
- Penyanyi lelaki popular – Hael Husaini
- Penyanyi wanita popular – Ernie Zakri
- Aktor pembantu filem popular – Adam Lee
- Aktres pembantu filem popular – Heliza Helmi
- Aktor filem popular – Fattah Amin
- Aktres filem popular – Sweet Qismina
- Aktor pembantu TV popular – Nazim Othman
- Aktres pembantu TV popular – Raja Azura
- Aktor TV popular – Zahiril Adzim
- Aktres TV popular – Emma Maembong
- Anugerah pencapaian sepanjang hayat – Kumpulan Alleycats
- Artis komedi popular – Joey Daud
- Pengacara TV popular – Fiza Sabjahan
- Anugerah bintang paling popular – Ernie Zakri
















Kategori Sampingan Ekstra!
- Shukri Yahaya, Anna Jobling raih trofi Gandingan Serasi Drama Popular
- Iedil Dzuhrie Alaudin, Emma Maembong menang trofi Gandingan Serasi Filem Popular
- Datuk Seri Aliff Shukri dan Ammar Ahyan menang trofi Seller Terpaling Popular
- Amir Masdi raih trofi Lagu Paling Boom Popular menerusi single Nurcinta
- Fattah Amin menang trofi Artis Kontroversi Popular
Ernie Zakri Dinobatkan Bintang Paling Popular
Dengan 124,448,198 undian, penyanyi terkenal Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 yang berlangsung meriah di sini, malam tadi.
Terdahulu, Ernie yang turut berbakat sebagai pencipta lagu berjaya merangkul trofi Penyanyi Wanita Popular, menewaskan empat finalis lain iaitu Sweet Qismina, Emma Maembong, Wani Kayrie dan Tracie Sinidol.
Kemenangan tersebut melayakkan Ernie menerima trofi pewter ABPBH berbentuk skor muzik dengan ukiran lengkuk bermotif reel filem seberat satu kilogram (kg) hasil sentuhan Tumasek Pewter, selain wang tunai RM30,000.
Undian Peminat Angkat Ernie Ke Puncak Populariti
Kejayaan merangkul trofi utama ABPBH itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Ernie sebagai antara vokalis wanita terbaik negara, selain membuktikan konsistensi, disiplin dan bakat terus menjadi faktor utama sokongan padu peminat terhadap karier seninya.
Ketika diumumkan sebagai pemenang, Ernie dilihat terkejut dan gagal menahan air mata.
“Ya Allah, saya tak pernah jangka. Terima kasih kepada semua yang mengundi,” katanya sambil menahan sebak.
“Ini jauh dari sudut fikiran saya untuk mendapat anugerah ini. Saya menghargai sokongan semua dan berdoa agar dapat melakukan lebih baik pada masa akan datang,” tambahnya.
Trending sekarangTampil Sederhana Curi Perhatian Peminat
Menariknya, Ernie Zakri turut mencuri tumpuan apabila tampil serba ringkas ketika naik ke pentas menerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH 37. Penyanyi lagu Masing Masing itu hanya mengenakan blaus rona merah jingga, dipadankan dengan tudung lilit dan sandal, berbeza daripada penampilan glamor kebiasaan di acara anugerah.
Penampilan Ringkas Selepas Bersiap Untuk Pulang
Menurut Ernie, penampilan ringkas itu berlaku kerana selepas menjuarai kategori Penyanyi Wanita Popular, dia sebenarnya sudah pulang ke hotel dan bersiap untuk meraikan kemenangan bersama suami tercinta, Syamel, serta anak mereka, Nur Khawla Soleha, di sebuah restoran.
“Saya sudah sampai di hotel dan menukar pakaian untuk makan bersama suami dan anak. Kemudian, pihak produksi menghubungi saya untuk datang semula ke acara,” katanya.
Kejutan Saat Kembali Ke Lokasi Acara
Ernie berkata, ketika menerima panggilan tersebut, dia masih berada di dalam kereta dan terperangkap lama di lampu isyarat sebelum membuat keputusan untuk segera kembali ke lokasi acara.
“Ketika itu saya masih dalam kereta dan tersangkut lama di lampu isyarat. Jadi, saya ambil keputusan untuk berlari ke lokasi acara. Bila sampai, saya tidak sangka dapat menang anugerah ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media bersama pemenang ABPBH 37.
Karier Cemerlang Sejak Bintang RTM
Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, memulakan karier seni menerusi pertandingan Bintang RTM pada 2009. Sejak itu, namanya terus meniti kemasyhuran dengan pelbagai pencapaian membanggakan dalam industri muzik tanah air.
Antara kejayaan besar yang pernah diraih ialah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 menerusi lagu Aura, yang turut memenangi Rakaman Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24. Lagu Masing Masing, hasil kolaborasi bersama Ade Govinda, pula mencetuskan fenomena serantau apabila memenangi anugerah Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik, selain dinobatkan sebagai Lagu Paling Tinggi Distrim di AIM 24.
Di pentas ABPBH Ke-36, lagu Masing Masing turut dipilih peminat untuk mengungguli kategori Ekstra Tonton Paling Popular, iaitu Lagu Paling Boom Popular. Sebelum ini, graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu juga pernah meraih trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pada ABPBH Ke-31 bersama suaminya, Syamel.
Maklumat Lanjut
Ikuti perkembangan terkini, berkenaan ABPBH37 di saluran berikut:
- Facebook TV3 Malaysia
- Facebook Berita Harian Online
- Youtube Berita Harian : https://www.youtube.com/@BHOnlineTV
Anda juga boleh tonton semula ABPBH37 melalui https://watch.tonton.com.my.




