Tarikh Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia, Cuti sekolah KPM
TARIKH CUTI UMUM HARI RAYA AIDILFITRI 2026, CUTI TAMBAHAN & CUTI SEKOLAH KPM BAGI SEMUA NEGERI DAN SEKOLAH
Rujuk tarikh hari raya dan cuti sekolah yang diumumkan KPM bagi tahun 2026 dalam artikel ini selanjutnya.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1447H / 2026M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.
Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.
Berikut dikongsikan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026.
Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
2026 | 21 Mac | Sabtu | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
22 Mac | Ahad | Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua | Semua Negeri | |
23 Mac | Isnin | Cuti Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri kecualiKedah | |
Tarikh Hari Raya Puasa 2026
Untuk rujukan perancangan cuti anda, sila rujuk Kalendar Kuda 2026 di bawah:
Cuti Tambahan Bagi Sekolah KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026
Lazimnya KPM akan memberi cuti tambahan kepada guru dan pelajar bagi urusan persiapan Aidilfitri.
Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak yang terbabit untuk membuat persiapan hari raya.
Bagi tahun 2026, pemberian cuti akan diumumkan melalui Takwim Kalendar Akademik 2026/2027 yang dikeluarkan oleh KPM.
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]
Tambahan cuti perayaan bagi Hari Raya Aidilfitri yang diperuntukkan oleh KPM adalah 3 (tiga) hari cuti tambahan untuk Kumpulan A dan Kumpulan B seperti berikut:
- KUMPULAN A [AKAN DIKEMASKINI KELAK]
- KUMPULAN B [AKAN DIKEMASKINI KELAK]
Sila rujuk lampiran di bawah:
[AKAN DIKEMASKINI KELAK]
Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 21 Mac mengikut kalendar 2026 (tertakluk pada perubahan).
Berikut dikongsikan tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026 melalui kalendar Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026 / 1447-1448H Di Malaysia yang diterbitkan oleh pihak JAKIM.
Sambutan Hari Raya Di Malaysia
Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa adalah perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam di Malaysia.
Hiasan juga dapat dilihat di rumah-rumah, kedai, kompleks membeli-belah serta sepanjang jalan sejak bulan Ramadan lagi.
Di sesetengah negara lain, Hari ARaya Aidil Adha lebih diraikan dan lebih meriah sambutannya berbanding Hari Raya Puasa.
Perayaan ini disambut bagi meraikan ‘kemenangan’ setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2021 juga adalah dengan mengikut kaedah ‘melihat anak bulan’ / rukyah seperti mana penentuan bulan Ramadan.
Malam raya (iaitu hari terakhir berbuka puasa) adalah malam yang meriah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing.
Pada Hari Raya, umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Kanak-kanak juga antara yang paling gembira kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ setelah bersalaman dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan orang dewasa.
Sebagai menzahirkan kesyukuran, zakat fitrah adalah perkara wajib dilakukan sebelum atau pada 1 Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.
Rumah terbuka juga sering diadakan di rumah-rumah, pejabat, syarikat, dan sebagainya. Pelbagai juadah yang lazim dihidangkan seperti ketupat, rendang, lemang, kuih muih serta manisan tradisional seperti wajik dan dodol yang menjadi hidangan simbolik pada Hari Raya.
Kami di eCentral mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.