Kadar Zakat Fitrah 2026 Setiap Negeri Di Malaysia boleh disemak melalui Jabatan Wakaf Zakat & Haji di pautan berikut: https://www.jawhar.gov.my/
Menjelang bulan Ramadhan 2026, semua umat Islam yang cukup syarat wajib membayar Zakat Fitrah.
Di sini dikongsikan info lanjut tentang zakat fitrah serta bayaran setiap negeri bagi tahun terkini (2026).
Apa itu Zakat Fitrah
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu.
Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.
Hal ini juga berdasarkan hadith daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A katanya:
كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ
Maksudnya: “Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”
Riwayat al-Bukhari (1439)

Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram.
Sekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.
Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)
Hukum & Siapa Yang Wajib Membayarnya?
Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.
Mereka itu termasuklah daripada isterinya, usul dan furu’ (keturunannya) dari lelaki atau perempuan dengan syarat mereka ini tergolong dalam golongan fakir miskin.
Syarat-syarat wajib bagi menunaikannya adalah:
- Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
- Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
- Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)
Hikmah Membayar Zakat Fitrah
Hikmah membayar zakat fitrah termasuklah:
- Menyucikan dosa bagi yang berpuasa.
- Memberi makan kepada golongan miskin.
- Menampal kekurangan puasa.
- Menzahirkan rasa syukur kepada Allah atas kesempurnaan Ramadan.
- Memberi kegembiraan kepada orang yang lapar pada hari raya.
- Menyuburkan kasih sayang di kalangan ummah.

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri
Berikut adalah jadual Kadar Zakat Fitrah 2026 / 1447H bagi negeri-negeri di Malaysia.
| Negeri | Kadar 1 (Wajib) | Kadar 2 | Kadar 3 |
|---|---|---|---|
| Johor | RM8.00 | RM10.00 | RM20.00 |
| Pulau Pinang | RM10.00 | RM15.00 | RM25.00 |
| Kelantan | RM10.00 | RM22.00 | — |
| Melaka | RM8.00 | RM15.00 | RM22.00 |
| Wilayah Persekutuan | RM8.00 | RM15.00 | RM25.00 |
| Sabah | RM7.50 | RM15.00 | — |
| Negeri Sembilan | RM7.50 | RM12.00 | RM20.00 |
| Selangor | RM8.00 | RM16.00 | RM25.00 |
| Perlis | RM9.00 | — | — |
| Pahang | RM8.00 | RM14.00 | RM21.00 |
| Perak | RM10.00 | RM16.00 | RM25.00 |
| Sarawak | RM7.50 | — | — |
| Kedah | RM9.00 | RM15.00 | RM23.00 |
| Terengganu | RM10.00 | RM20.00 | — |

Tempoh Bayaran
Tempoh bayaran adalah pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:
- Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
- Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
- Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
- Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
- Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.
Sumber: Mufti WP

Baca juga: SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Cara Bayaran Zakat Fitrah Online
Kini terdapat pelbagai aplikasi yang menyokong pembayaran zakat secara online.
Antaranya Shopee, Maybank2u dan bermacam lagi.
Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran zakat melalui portal zakat negeri masing-masing. Pautannya seperti di bawah:
- Negeri Johor
- Pautan : Zakat Johor Online Payment, Aplikasi Tulus
- Negeri Kedah
- Pautan : Portal Lembaga Zakat Negeri Kedah
- Negeri Melaka
- Pautan : Zakat Melaka
- Negeri Kelantan
- Pautan : E-FITRAH
- Negeri Pahang
- Negeri Sembilan
- Pautan : e-Payment eFitrah Online MAINS
- Pulau Pinang
- Negeri Perlis
- Pautan : Portal Bayaran MAIPs
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Pautan : Apps Zakat Sabah
- Negeri Sarawak
- Negeri Selangor
- Pautan : ezakatPAY (zakatselangor.com.my)
- Negeri Terengganu
- Pautan : ePay@MAIDAM
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pautan : Bayar Zakat Fitrah Secara Online
Soalan Lazim Zakat Fitrah
Hukum mengingkari kewajipan zakat fitrah adalah kafir, kerana zakat fitrah merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW pada bulan Ramadan. Menolak kewajipan ini bermaksud menolak hukum syarak yang telah sabit melalui hadis dan ijmak ulama.
Boleh dibayar di mana-mana dalam waktu sunat. Namun apabila masuk waktu wajib dan belum dibayar, ia perlu disegerakan di tempat individu itu berada ketika itu.
Berdosa kerana melewatkan kewajipan. Namun zakat tersebut tetap wajib dibayar (qada) sebaik sahaja teringat.
Ya, boleh untuk:
– Diri sendiri
– Isteri
– Anak-anak
– Tanggungan nafkah
Anak tidak wajib bayar untuk ibu bapa yang berkemampuan. Jika mahu bayar bagi pihak ibu bapa, perlu mendapat keizinan mereka.
Ya, wajib jika ada pendapatan sendiri. Dalam Mazhab Syafie, individu yang mempunyai pendapatan sendiri tidak lagi di bawah tanggungan sesiapa.
Ya, sah.
Syarat sah zakat hanya dua:
1. Niat
2. Berlaku perpindahan harta
Akad dan bersalaman hanyalah sunat dan adat.
Ya, jika mampu menyediakan makanan pada malam dan pagi raya.
Jika tidak mampu, maka tidak wajib.
Miskin zakat fitrah dan miskin zakat harta adalah dua perkara berbeza.
Kerana ia berdasarkan harga beras yang dimakan, selaras dengan hadis Riwayat Bukhari:
“…mengeluarkan satu sha’ makanan mengikut apa yang mereka makan.”
Orang yang makan beras premium digalakkan membayar kadar lebih tinggi.
Tidak wajib jika belum lahir.
Jika bayi lahir sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadan, maka wajib dibayar pada tahun tersebut.
Sunat → Sebelum solat Aidilfitri
Makruh → Selepas solat Aidilfitri
Haram → Selepas terbenam matahari 1 Syawal
Baca juga:




