SENARAI HARGA TERKINI MINYAK MALAYSIA – DIESEL / PETROL RON95, RON97 diumumkan setiap Rabu, selepas jam 5.00 petang melalui hebahan rasmi oleh Kementerian Kewangan.
Berikut dikongsikan harga minggu ini yang dikongsikan oleh KPDNHEP dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk rujukan bersama.
Kementerian Tenaga & Sumber Asli
Harga Minyak Terkini
Memuatkan…
Harga Petrol RON95 / RON97 & Diesel (22-28 Oktober 2026)
Pelarasan Harga Runcit Petroleum 22-28 Oktober 2026.
Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 15 sen seliter manakala harga runcit diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 8 Oktober hingga 14 Oktober 2026.
Tekanan harga kini semakin tertumpu pada produk petroleum bertapis. Pemulihan kapasiti penapisan dan bekalan produk petroleum bertapis global kekal penting bagi mengurangkan tekanan harga dalam jangka sederhana.
Namun begitu, perkembangan konflik di Asia Barat dan Rusia-Ukraine terus menimbulkan risiko terhadap kestabilan bekalan dan harga petroleum dunia.
Penetapan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 22 Oktober 2026 hingga 28 Oktober 2026 adalah:

- RON97 TURUN 30 sen kepada RM4.80 seliter
- RON95 tanpa subsidi TURUN 30 sen kepada RM4.32 seliter
- RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter
- Petrol bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter
- Diesel tanpa subsidi TURUN 10 sen kepada RM5.07 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada RM2.15 seliter
- Diesel (BUDI Diesel) kekal pada RM2.10 seliter
Walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi. Sepanjang tempoh pengiraan APM, harga minyak mentah Brent masih berlegar sekitar AS$100 setong.
Tekanan harga kini semakin tertumpu pada produk petroleum bertapis. China menggantung sebahagian besar eksport bahan api bagi Oktober, sekali gus mengehadkan bekalan di pasaran antarabangsa.
Pemulihan kapasiti penapisan dan bekalan produk petroleum bertapis global kekal penting bagi mengurangkan tekanan harga dalam jangka sederhana. Namun begitu, perkembangan konflik di Asia Barat dan Rusia-Ukraine terus menimbulkan risiko terhadap kestabilan bekalan dan harga petroleum dunia.
Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.
Baca juga: Berapa Kelayakan Kuota Subsidi Diesel Guna MyKad?
Kelayakan asas ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan bagi setiap individu yang layak.
Ya. Bagi individu yang memiliki kenderaan diesel persendirian serta memenuhi kriteria, kuota asas tersebut boleh digunakan secara fleksibel sama ada untuk membeli RON95 atau diesel.
Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam pengimbas di pam minyak sekali sahaja untuk pengesahan dan pengaktifan kuota sebelum membuat pembayaran.
Tiada sekatan had pengisian harian dikenakan selagi baki kuota bulanan anda masih mencukupi.
Sebarang pembelian petrol atau diesel selepas kuota tamat akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi.
– Petrol RON95 Bersubsidi: Kekal pada RM1.99 seliter.
– Diesel Bersubsidi (Mulai 1 Julai 2026): Diseragamkan pada RM2.10 seliter seluruh negara bagi pengguna MyKad yang layak.
– Warganegara Malaysia.
– Berumur 16 tahun ke atas.
– Memiliki MyKad yang sah dan berfungsi.
– Memiliki Lesen Memandu yang sah (CDL atau PDL).