Harga Roadtax JPJ Terkini Di Semenanjung, Sabah & Sarawak (2022)

Apabila membeli sebuah kereta baru, ada haruslah tahu berapakah harga roadtax kereta tersebut bagi memudahkan persediaan kewangan anda untuk memperbaharui roadtax atau cukai jalan kereta anda.

Adalah menjadi kesalahan undang-undang di Malaysia sekiranya anda memandu kenderaan anda apabila cukai jalan anda telah tamat tempoh.

Namun, sebelum memperbaharui roadtax, anda terlebih dahulu perlu memperbaharui insurans atau takaful kenderaan anda dan untuk memperbaharui insurans/takaful kereta, anda boleh menggunakan perkhidmatan seperti MyEG.

Amaun roadtax yang perlu dibayar secara umumnya berbeza disebabkan oleh salah satu faktor berikut:

  1. Saiz cc kenderaan
  2. Jenis kenderaan (motor/kereta dll)
  3. Lokasi (Semenanjung/Sabah/Sarawak)
harga roadtax

Kadar Cukai Jalan Bagi Motosikal (Semenanjung)

Kapasiti EnjinKadar Semenanjung
150cc dan kebawahPercuma sejak Jan 2004
151cc hingga 200ccRM 30.00
201cc hingga 250ccRM 50.00
251cc hingga 500ccRM 180.00
501cc hingga 800ccRM 250.00
Melebihi 800ccRM 350.00

Kadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian (Semenanjung)

Kapasiti EnjinKadar Semenanjung
1000cc dan ke bawahRM 20.00
1001cc hingga 1200ccRM 55.00
1201cc hingga 1400ccRM 70.00
1401cc hingga 1600ccRM 90.00
Kapasiti EnjinKadar AsasKadar Progresif
1601 hingga 1800ccRM 200.00RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000ccRM 280.00RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500ccRM 380.00RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000ccRM 880.00RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000ccRM 2,130.00RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

Kadar Cukai Jalan Bagi Motosikal (Sabah & Sarawak)

Kapasiti EnjinSabah & Sarawak
150cc dan kebawahPercuma sejak Jan 2004
151cc hingga 200ccRM 9.00
201cc hingga 250ccRM 12.00
251cc hingga 500ccRM 30.00
501cc hingga 800ccRM 40.00
Melebihi 800ccRM 42.00

Kadar Cukai Jalan Bagi Kereta Persendirian (Sabah & Sarawak)

Kapasiti EnjinSabah & Sarawak
1000cc dan ke bawahRM 20.00
1001cc hingga 1200ccRM 44.00
1201cc hingga 1400ccRM 56.00
1401cc hingga 1600ccRM 72.00
Kapasiti EnjinKadar AsasKadar Progresif
1601 hingga 1800ccRM 160.00RM 0.32 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000ccRM 240.00RM 0.25 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500ccRM 274.00RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000ccRM 524.00RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000ccRM 1,024.00RM 1.35 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

Harap maklum bahawa harga roadtax ini adalah ditetapkan oleh pihak JPJ dan oleh itu amaun yang dinyatakan bila-bila masa boleh berubah mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!