Harga Kawalan Gula Pasir 1kg & Gula Premium (2023)

Harga Kawalan Gula Pasir 1kg & Gula Premium (2023)

Akhir-akhir ini, kesukaran memperoleh bekalan gula kasar bersubsidi pada harga RM2.85 sekilogram (1 kg) mula disuarakan oleh pengguna, khususnya peniaga kecil kerana masalah itu menjejaskan perniagaan mereka.

Menurut media, dua syarikat pengeluar gula di Malaysia telah memohon untuk menaikkan harga gula sejak tahun 2021 tetapi tidak dinaikkan harga.

Hal ini kerana setiap 1kg gula yang dikeluarkan, dua syarikat gula di Malaysia menanggung kerugian sebanyak 88 sen, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Adakah harga gula di Malaysia tertakluk kepada harga kawalan?

Dan berapakah harga gula premium di pasaran sekarang?

Jom kami kongsikan info terkini untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Gula Termasuk Dalam Barang Kawalan

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 seperti senarai di bawah:

Barang-barang kawalan sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961Barang-barang kawalan berjadual dibawah Peraturan Barang Kawalan 1974
1. Tepung gandum1. Tepung gandum
2. Minyak tanah 2. Minyak tanah
3. Gula 3. Gula
4. Baja 4. Baja
5. Minyak masak 5. Minyak Masak
6. Petrol, spirit motor dan gasoline 6. Petrol, spirit motor dan gasoline motor semua gred 6. Petrol, spirit motor dan gasoline 6. Petrol, spirit motor dan gasoline motor semua gred
7. Bahan api diesel 7. Bahan api diesel
8. Bar bulat keluli lembut 8. Bar bulat keluli lembut
9. Simen dan klinker9. Simen dan klinker
10. Gas petroleum cecair10. Gas petroleum cecair
11. Semua jenis roti11. Semua jenis roti kecuali lof 11. Semua jenis roti kecuali lof Perancis yang beratnya di antara 200 gram dan 1,000 gram
12. Ayam12. Ayam
13. Pelitup muka13. Pelitup muka

Harga Kawalan Gula Pasir

Berikut adalah harga kawalan yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi gula pasir :

Gula Putih BertapisHarga yang ditetapkan oleh Kerajaan (RM)
Kasar / 1kg2.85
Halus / 1kg2.95
Sumber : Laman web KPDN

Harga gula premium / gula putih bertapis jernih adalah tidak dikawal oleh Kerajaan sebaliknya ditentukan oleh pasaran.

Punca Harga Gula Naik

Kos input yang tinggi serta faktor luaran seperti kadar mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang tidak menentu telah mendorong kepada peningkatan kadar kos operasi gula setiap tahun.

Harga & Perbezaan Gula ‘Premium’ & Gula Pasir Biasa

Kerajaan bersetuju permohonan dua syarikat pengeluar gula tempatan untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih dengan harga tidak dikawal sebaliknya ditentukan oleh pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kebenaran penjualan gula berkenaan yang bermula 25 Mei 2023 diberikan kepada MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekali lagi menegaskan penjualan gula putih bertapis jernih ini tidak boleh menggantikan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus).

Syarikat pengeluar gula boleh diambil tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) yang mencukupi di pasaran.

Tambahnya, permohonan pengeluaran gula putih bertapis jernih daripada syarikat berkenaan adalah sebahagian pelan pemasaran syarikat itu untuk terus kekal berdaya saing dan lestari.

Bagaimanapun, Salahuddin memberi arahan kepada MSM serta CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis kasar dan halus pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit.

Harga bahan mentah itu yang dikawal mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah RM2.85 sekilogram bagi gula putih bertapis kasar manakala RM2.95 sekilogram bagi gula putih bertapis halus.

Gula kasar dan gula super merupakan produk keluaran Gula Prai yang mempunyai kemanisan yang berbeza.

Antara perbezaan kedua-dua jenis gula ini adalah seperti berikut:

harga gula premium
Sumber: MSM Gula Prai

Harga gula kasar MSM biasa (pek hijau) adalah RM2.85 manakala gula super MSM pula berharga RM4.60.

Sementara itu, Syarikat Gula CSR pula mengeluarkan BETTER WHITE Clear White Sugar, hasil daripada proses penapisan yang meluas yang menghasilkan gula yang lebih tulen dan lebih menarik secara visual (pek biru).

Gula pasir premium BETTER WHITE CSR ini boleh didapati pada harga RM3.85 untuk pek 800 gram (Malaysia Barat) dan RM4.05 (Malaysia Timur) bermula pertengahan Ogos 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang update terkini produk gula pasir kedua-dua pengeluar gula utama di Malaysia ini, sila rujuk :

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!