Advertisements

Harga Kereta Honda Civic Terkini 2022, Spesifikasi & Model Varian

Advertisements

Bagi peminat setia Honda Civic, anda mestilah ingin mengetahui harga terkini Honda Civic bagi keluaran tahu 2022.

Kereta yang berada dalam Segmen C ini bersaing rapat dengan Mazda 3, Kia Cerato dan Toyota Corolla untuk pasaran kereta di Malaysia dalam segmen ini.

Untuk brochure rasmi kereta ini, anda boleh rujuk di halaman rasm Honda Malaysia.

Varian Honda Civic

Secara umumnya, terdapat 3 varian bagi keluarga baru Honda Civic 2022 ini seperti yang berikut (daripada spesifikasi paling rendah ke paling tinggi:

  1. Honda Civic E 
  2. Honda Civic V 
  3. Honda Civic RS 

Peningkatan terbesar untuk generasi ke-11 ini sudah tentu adalah kelengkapan enjin VTEC Turbo 182 PS 1.5 liter dan suite Honda Sensing sebagai standard, membantu mengatasi lonjakan besar dalam harga permulaan.

Varian warna

harga honda civic

Kereta Civic baru ini didatangkan dengan 5 varian warna:

  1. Meteoroid Grey Metallic
  2. Ignite Red Metallic
  3. Lunar Silver Metallic
  4. Crystal Black Pearl
  5. Platinum White Pearl

Harga Honda Civic

Jika dilihat pada harga ketiga-tiga varian pada tahun ini, terdapat peningkatan yang agak ketara berbanding Civic generasi ke-10 yang dikeluarkan pada tahu 2016 yang lalu.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Berikut merupakan harga berdasarkan varian:

  • Varian E – RM125,634.64
  • Varian V – RM138,043.36
  • Varian RS – RM144,350.09

Sebagai perbandingan, Honda Civic generasi sebelumnya dijual pada harga antara RM110 ribu hingga RM132 ribu.

Ada peminat Perodua? Lihat Harga Kereta Perodua Axia Auto & Manual Model Terkini (2022).

Ciri-ciri tambahan menarik

Kebiasaannya peminat kereta tidak hanya melihat pada facelift kereta keluaran baru semata-mata, sebaliknya juga ciri-ciri tambahan atau baru yang ada.

Dengan membandingan ciri-ciri baru ini dengan harga jualan, barulah mudah bagi peminat Honda Civic mempertimbangkan sama ada pembelian kereta generasi baru ini berbaloi atau tidak.

  1. Didatangkan dengan sistem infotainment Android Auto dan Apple CarPlay untuk kesemua varian. Bezanya, untuk varian yang lebih rendah, saiz paparan adalah 7″ sementara varian yang lebih tinggi didatangkan dengan skrin paparan bersaiz 9″.
  2. Tambahan Lead Car Depature Notification System – Sistem yang akan memberitahu anda sekiranya kereta di hadapan sudah bergerak, berguna di lampu isyarat
  3. Civic keluaran kali ini tidak lagi menggunakan enjin 1.8L sebaliknya kesemua varian didatangkan dengan enjin 1.5L 4 baris turbo yang sama.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment