Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mempelawa usahawan PMKS untuk memohon Geran Bantuan Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal (PPKPH) menerusi pautan https://forms.gle/jbV2nCWYqK5XhoZ59.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai geran bantuan ini.

Mengenai Geran Bantuan Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal
Geran Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal ialah sebuah program yang bertujuan membantu meningkatkan kapasiti produk dan perkhidmatan halal dari aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.
Objektif geran bantuan ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan kapasiti produk perkhidmatan halal dari aspek pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
Secara umumnya, program ini disasarkan untuk meluaskan pasaran dan daya saing usahawan meningkatkan keupayaan produk halal mereka.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka sehingga 3 Mei 2026 (Ahad).
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang bakal diterima pemohon adalah maksimum RM30,000 per usahawan.
Skop Bantuan
Skop bantuan yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
- Kos bimbingan dan latihan
- Kos rekabentuk pembungkusan, pelabelan dan perkhidmatan pencetakan
- Kos pembangunan jenama
- Fi pendaftaran MyIPO
- Kos pengujian nutrisi produk
- Kos penyediaan prototaip
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon geran bantuan ini adalah seperti berikut:
- Memenuhi definisi PMKS berdasarkan saiz operasi seperti di bawah Garis Panduan oleh Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan.
- Berdaftar dengan SSM / SKM / Badan Profesional / Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah serta pihak- pihak yang setaraf dengannya; dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Syarikat dimiliki oleh 100% warganegara Malaysia.
- Memiliki pensijilan halal yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tamat tempoh sijil.
- Syarikat telah beroperasi sekurang- kurangnya tempoh 6 bulan; dan
- Kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh agensi pelaksana yang dilantik oleh KUSKOP.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan permohonan https://forms.gle/jbV2nCWYqK5XhoZ59.
Muat naik dokumen yang diperlukan dan klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
Soalan Lazim
Geran Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal ialah sebuah program yang bertujuan membantu meningkatkan kapasiti produk dan perkhidmatan halal dari aspek penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.
Objektif geran bantuan ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kapasiti produk perkhidmatan halal dari aspek pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
Jumlah bantuan yang bakal diterima adalah maksimum RM30,000 per usahawan.
– Kos bimbingan dan latihan
– Kos rekabentuk pembungkusan, pelabelan dan perkhidmatan pencetakan
– Kos pembangunan jenama
– Fi pendaftaran MyIPO
– Kos pengujian nutrisi produk
– Kos penyediaan prototaip
Tarikh permohonan ditutup pada 3 Mei 2026 (Ahad).
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/jbV2nCWYqK5XhoZ59.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hantar email pertanyaan kepada [email protected] azamimah.hamzahekuskop.gov.my.
Baca juga: Dana esukan KBS: Geran Projek esukan Sehingga RM20,000



