Hadiah Untuk Pengantin: 17 Pilihan Hadiah Yang Praktikal

Apabila mendapat jemputan perkahwinan daripada individu yang kita kenali, ia pasti akan menimbulkan rasa keterujaan. Selain memikirkan mengenai baju yang perlu dipakai ketika menghadiri majlis tersebut, sudah pasti anda juga akan memikirkan hadiah untuk pengantin yang perlu diberikan. 

Sekiranya anda tidak tahu hendak memberikan hadiah apa, usah risau, mari teruskan membaca untuk mengetahui penyelesaiannya. 

17 Pilihan Hadiah Untuk Pengantin

Mencari hadiah untuk pengantin tidaklah sesukar mana. Hal ini kerana, sebagai pasangan baru mereka pasti akan memerlukan banyak benda untuk memulakan hidup baru. Jadi, anda boleh belikan apa sahaja yang penting berguna untuk mereka kelak. 

hadiah untuk pengantin

Jom semak pilihan hadiah untuk pengantin yang disenaraikan dibawah untuk dijadikan sebagai inspirasi anda dalam mencari hadiah terbaik!

1. Air Fryer Philips

Air fryer Philips adalah pilihan hadiah yang popular untuk pengantin baru. Selain harganya yang mampu milik, ia juga mempunyai pelbagai fungsi menarik yang sangat membantu dalam memudahkan urusan memasak di dapur. Jenama air fryer ini mempunyai teknologi yang terkini dan fungsinya yang pelbagai. 

Air Fryer Philips: https://shopee.com.my/oneway_shop/23212737397

2. Set Pisau

Set pisau merupakan antara peralatan dapur yang seringkali ragu untuk dijadikan pilihan hadiah. Salah satu faktornya, adalah keselamatan. Sekiranya anda risau mengenai keselamatan, anda boleh letakkan set pisau tersebut secara tertutup di dalam kotak dan dibungkus rapi menggunakan kertas hadiah. 

Sebenarnya, pasangan yang baru berpindah ke rumah baru sangat memerlukan set pisau untuk memasak dan melakukan kerja-kerja dapur seperti memotong ayam, ikan dan sebagainya. 

Set pisau: https://shopee.com.my/crazyman01/12667814846

3. Set Periuk & Kuali 

Seterusnya, anda juga boleh menjadikan set periuk dan kuali daripada jenama Tefal sebagai hadiah istimewa untuk pasangan pengantin baru. Jenama keluaran ini sangat berkualiti dan diminati ramai kerana ciri-cirinya yang anti lekat serta tahan lama. 

Periuk Tefal: https://shopee.com.my/tefalhome_os/7845830725

4. Cadar

Cadar keluaran Akemi adalah merupakan salah satu jenama yang sangat terkenal dengan kualiti cadarnya. Ia mempunyai pelbagai corak yang menarik serta beberapa pilihan saiz dengan harga yang sangat berpatutan. 

Cadar Akemi: https://shopee.com.my/akemi.os/22109159055

5. Tuala

Tuala mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan seharian. Sekiranya anda memilih untuk memberikan hadiah tuala, anda boleh pilih set tuala yang sepasang beserta dengan sulaman nama pengantin.

Set tuala: https://shopee.com.my/hadeya.my/8518911683

6. Pembakar Roti

Pembakar roti juga merupakan salah satu idea hadiah untuk pengantin yang menarik. Ia boleh menjadi salah satu hadiah kegemaran pengantin baru kerana boleh digunakan untuk membakar roti bagi menyediakan sarapan pagi dengan mudah. 

Pembakar roti: https://shopee.com.my/ckk12345cc/14515017139

8. Gas Elektrik

Untuk pasangan pengantin yang bakal tinggal di rumah baru, mereka pasti mendambakan hadiah ini. Gas elektrik boleh digunakan terus tanpa tong gas. Selain lebih praktikal, ia juga lebih selamat dan mudah digunakan.

Gas elektrik: https://shopee.com.my/olayksmy.os/22913155190

9. Mini Projector

Dengan adanya mini projector, pasangan pengantin tidak perlu lagi pergi ke pawagam untuk menonton filem. Mereka boleh menghabiskan masa menonton filem kegemaran hanya daripada rumah. Seronok kan?

Mini projector: https://shopee.com.my/the.iggo/16249980312

10. Bingkai Khat

Apabila tinggal di rumah baru, pasti banyak ruang kosong yang perlu diisi. Dengan menggantung bingkai khat, ia boleh membantu pasangan pengantin untuk mengisi ruangan kosong tersebut agar kelihatan lebih berseri dan menarik.

Bingkai khat: https://shopee.com.my/ikufiqbyipainter/15523431709

11. Seterika Stim

Seterika stim juga adalah merupakan salah satu pilihan hadiah yang praktikal. Ianya sangat mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana sahaja. Seterika ini boleh membantu baju yang kusut segera licin tanpa perlu bersusah payah seperti menggunakan seterika biasa. Harganya juga sangat berpatutan dan mampu milik. 

Seterika stim: https://shopee.com.my/russelltaylors.os/18969868067

12. Set Pinggan Mangkuk

Terdapat pelbagai pilihan set pinggan mangkuk yang lengkap di jual dengan corak menarik di Shopee pada masa kini. Pasangan pengantin baru pasti menyukai hadiah set pinggan mangkuk yang anda berikan kerana ia boleh digunakan setiap hari ataupun dijadikan sebagai koleksi yang istimewa. 

Set pinggan mangkuk: https://shopee.com.my/ezyhut/21907377972

13. Periuk Nasi

Periuk nasi adalah merupakan salah satu item yang utama yang diperlukan oleh pasangan yang baru mendirikan rumah tangga untuk tinggal di rumah baru. Apabila mendapat hadiah periuk nasi, ia sedikit sebanyak boleh membantu meringankan perbelanjaan pasangan tersebut. 

Periuk multicooker: https://shopee.com.my/starun.my/22415041556

14. Ketuhar Mini

Ketuhar mini mempunyai pelbagai fungsi antaranya ialah memanaskan lauk, membakar kuih, memanggang dan sebagainya. Ia adalah salah satu item kegemaran dan sangat berguna untuk pasangan yang baru berkahwin.

Ketuhar mini: https://shopee.com.my/goldenma88/2915705094

15. Pengisar Buah

Pengisar buah boleh digunakan untuk membuat jus buah, smoothies dan sebagainya. Ia sesuai digunakan untuk pasangan yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, harganya juga mampu milik. Sebaiknya pilih pengisar buah yang berkualiti tinggi agar boleh digunakan dalam tempoh yang lama. 

Pengisar buah: https://shopee.com.my/miuimalaysia/11111963950

16. Pengering Rambut

Pengering rambut adalah item yang berguna untuk kedua-dua pasangan terutamanya sekiranya mempunyai rambut panjang dan tebal. Item ini sangat bermanfaat untuk kegunaan harian.

Pengering rambut: https://shopee.com.my/victorcwx94/5448928297 

17. Buku Rumah Tangga

Buku mengenai rumah tangga adalah hadiah yang sangat bermakna untuk pasangan pengantin baru. Terdapat banyak perkara baru yang perlu dijalani apabila mendirikan rumah tangga.

Anda boleh hadiakan pengantin baru dengan buku yang bertajuk “Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi”, tulisan Ustaz Azahar Yaakub, Ustazah Norhafizah Musa & Ustazah Nurul Atiqah Azman. 

Buku Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi: https://shopee.com.my/ringgitniaga/17768567306

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!