Advertisements

Hadiah Untuk Guru – 15 Item Berguna Untuk Guru

Advertisements

Guru adalah merupakan salah satu insan yang paling berjasa dalam kehidupan seseorang.

Tanpa guru, siapalah anda. Untuk memberi penghargaan atas jasa dan pengorbanan seorang guru, jangan lupa berikan hadiah kepada guru anda tercinta sempena hari istimewa mereka contohnya seperti Hari Guru dan sebagainya. 

Hadiah Untuk Guru

Sekiranya anda bingung hendak memberikan hadiah apa, anda boleh rujuk senarai hadiah untuk guru seperti yang telah disenaraikan di bawah. 

Jom semak!

15 Idea Hadiah Untuk Guru 

1. Pencetak (Printer)

Pencetak adalah merupakan salah satu item yang sangat berguna untuk seorang guru. Walaupun agak mahal, anda boleh berkongsi duit dengan rakan sekelas untuk membelinya. Pasti guru anda akan terharu apabila menerimanya dan sangat menghargai usaha anda bersama rakan-rakan. 

Printer Canon: https://shopee.com.my/mdes_supplies/1883582699

2. Tote beg

Tote bag adalah merupakan beg serbaguna yang boleh digunakan untuk menyimpan banyak benda. Ia sangat sesuai digunakan untuk para guru menyimpan segala keperluan mereka di dalam satu beg apabila datang bekerja. 

Tote bag: https://shopee.com.my/famsymall.os/20433650377

3. Alat kawalan jauh laser tanpa wayar

Alat kawalan jauh laser tanpa wayar akan memudahkan para guru untuk mengajar di dalam kelas terutamanya apabila menerangkan menggunakan alat bantuan mengajar seperti Power Point dan sebagainya. Alat ini sangat penting untuk pembelajaran abad ke-21. 

Alat kawalan jauh laser: https://shopee.com.my/happytech.os/8900619574

4. Mug

Mug juga merupakan salah satu hadiah yang berguna untuk guru. Ia boleh digunakan untuk membancuh air panas untuk diminum ketika menyemak kerja rumah yang diberikan anda. 

Mug: https://shopee.com.my/okey_concept_workshop/21531560695

5. Tali leher

Hadiahkan seutas tali leher untuk guru lelaki anda. Anda pasti bangga apabila melihat tali leher yang anda hadiahkan dipakai oleh guru anda semasa mengajar atau menghadiri majlis penting. 

Tali leher: https://shopee.com.my/shidaex/8136321832

6. Set Alat Tulis

Guru anda pasti suka apabila mendapat hadiah set alat tulis. Hal ini kerana, mereka pasti menggunakan set alat tulis yang banyak setiap bulan.

Set pen: https://shopee.com.my/ezlaser/5861090968 

7. Tempat letak pen

Hadiahkan guru anda tempat letak pen untuk memastikan mejanya sentiasa kemas. Ia juga akan memudahkan guru anda untuk meletakkan alat tulisnya dengan baik.

Tempat letak pen: https://shopee.com.my/whosmart/13622065569

8. Perhiasan meja 

Seterusnya, anda juga boleh hadiahkan guru anda sebuah perhiasan meja bagi menyerikan lagi meja kerja beliau. Terdapat pelbagai pilihan perhiasan meja yang anda boleh pilih antaranya ialah Newton pendulum.

Newton Pendulum: https://shopee.com.my/noveltykidsgiftsdecorshop/12224304359

9. Alas meja kalis air

Alas meja kalis air boleh digunakan untuk melapik meja guru anda agar kelihatan lebih kemas dan mengelakkan dokumen-dokumen penting menjadi basah apabila guru anda meletakkan air di atas meja. 

Alas meja kalis air: https://shopee.com.my/prodiy/14834746217

10. Kingston flash drive

Kingston flash drive adalah merupakan alat penyimpan data yang boleh dibawa kemana sahaja. Dengan stor penyimpanan yang besar, sudah pasti guru anda menyukainya kerana boleh menyimpan banyak dokumen serta bahan mengajar. 

Kingston flash drive: https://shopee.com.my/cemymall/12517720914

11. Beg galas

Biasanya, setiap guru akan membawa laptop masing-masing untuk menyediakan bahan mengajar. Sehubungan dengan itu, hadiah beg galas adalah merupakan hadiah yang sangat berguna untuk guru anda gunakan bagi membawa laptop dan juga barang-barang lain setiap hari. 

Beg galas laptop: https://shopee.com.my/kpapa_venturee/5804578649

12. Rak troli serbaguna

Seperti namanya, rak troli serbaguna mempunyai pelbagai kegunaan. Ia boleh digunakan untuk meletak barang seperti buku, fail dokumen penting, bahan alat mengajar dan sebagainya. 

Rak troli serbaguna: https://shopee.com.my/plasticboy/7022115272

13. Pen penanda papan putih (Deli Whiteboard Marker Refillable)

Apa kata hadiahkan guru anda pen penanda papan putih keluaran Deli yang boleh diisi semula. Ia akan membantu guru anda untuk berjimat tanpa perlu membeli pen penanda yang baru setiap kali kehabisan ink. Anda boleh dapatkannya di Shopee, atau klik link di bawah.

Deli Whiteboard Marker Refillable: https://shopee.com.my/yeeling1225/19367458497

14. Kotak pensil

Kotak pensil adalah merupakan hadiah yang sangat praktikal untuk para guru. Guru anda boleh mengisi kotak pensil tersebut dengan alat tulis untuk keperluan mengajar. Harganya juga berpatutan dan mampu dibeli oleh pelajar. 

Kotak pensil: https://shopee.com.my/8bpirlslz/9525179183

15. Botol air/Tumbler

Mengajar di dalam kelas sangat memenatkan dan sudah pasti, guru anda akan turut dahaga. Oleh itu, hadiah botol air/tumbler pasti akan sangat disukai oleh guru anda. Anda boleh hadiahkan botol air yang mempunyai pemegangnya untuk memudahkan guru anda membawanya ke mana sahaja. 

Botol air: https://shopee.com.my/bg_house/16337349538

Akhir kata, semoga hadiah yang anda pilih disukai oleh guru anda!

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment