SPPB MOEIS – Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu KPM

Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB KPM) merupakan satu sistem pengurusan pentaksiran yang baru, berterusan, dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran Kementerian.

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) adalah salah satu kaedah yang akan digunakan untuk menilai Tahap Prestasi (TP) murid Tahap 2 (Tahun 4,5,6) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi sesi akademik tahun 2022/2023.

Tarikh UASA akan dimaklumkan setelah mendapat maklumat daripada PPD/JPN/KPM.

Pelaporan Ujian/ Keputusan Pentaksiran ini akan dilaporkan secara atas talian (SPPB) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang SPPB KPM untuk makluman bersama.

TERKINI : PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SESI AKADEMIK TAHUN 2022 / 2023

Untuk makluman semua guru, pada 15 Februari 2023, KPM telah mengumumkan bahawa perekodan dan pelaporan PBD boleh dilakukan sama ada secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara hidbrid.

Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022 / 2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

Ini adalah bagi mengurangkan beban tugas guru dan memastikan guru terpelihara.

sppb kpm

Apakah SPPB KPM?

Seperti yang sedia maklum, UASA kini merupakan sebahagian dariapda komponen PBD – pentaksiran sumatif.

Ia bertujuan menguji tahap kognitif murid dan memberi maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid.

UASA juga memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

Perekodan dan Pelaporan inilah yang akan direkodkan menggunakan SPPB, di mana pelaporan dalam bentuk Tahap Penguasaan (TP).

sppb kpm
sppb kpm

Sistem pentaksiran baru ini bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:

Komponen Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB KPM)

  • Sistem pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh
  • Merangkumi keupayaan proses yang berkaitan yang dikendalikan pada setiap peringkat sama ada di peringkat Kementerian, Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah
  • Mengautomasi proses-proses manual sedia dengan lebih bersepadu
  • Menganalisa pencapaian dan perkembangan murid
sppb kpm

Pelaporan Skor

Skor bagi ujian akhir sesi akademik akan direkod oleh guru mata pelajaran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu, KPM (SPPB KPM) melalui modul Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan modul Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (PBD MBPK).

SPPB KPM akan menjana prestasi murid bagi PBD formatif dan pencapaian bagi ujian akhir sesi akademik dijana dalam satu pelaporan.

Pencapaian murid dalam ujian akhir sesi akademik dilapor mengikut enam Tahap Penguasaan (TP), iaitu TP1 hingga TP6 dengan julat markah tertentu serta mempunyai pernyataan deskriptif yang komprehensif dan jelas bagi setiap mata pelajaran.

Skor tidak akan dipaparkan dalam pelaporan berkenaan.

Guru mata pelajaran juga perlu memasukkan maklumat seperti usaha murid, ulasan guru dan cadangan intervensi dalam pelaporan ini. Ulasan keseluruhan dimasukkan oleh guru kelas.

Bagi sekolah yang tiada akses kepada SPPB KPM, sekolah tersebut perlu menyediakan pelaporan pencapaian murid mereka.

Aliran Proses

Aliran Proses Bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).

SPPB merupakan satu sistem pengurusan pentaksiran yang baharu, berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran Kementerian Pendidikan.

KPM sentiasa memastikan prestasi capaian aplikasi KPM adalah di tahap yang optimum.

Pengguna sistem perlu mengikut turutan langkah satu hingga enam untuk melengkapkan dan melancarkan proses pentaksiran tersebut.

sppb kpm

Login SPPB KPM (idMe)

  1. Pergi ke pautan https://idme.moe.gov.my/login
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Klik butang Daftar
  4. Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di medan yang disediakan
  5. Klik butang Daftar Masuk

Rujuk manual pengguna : https://www.youtube.com/@channelbpmkpm1830

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan SPPB dan APPI, sila rujuk video berikut:

Sumber: Youtube KALA A/P SHANKU PILLAY KPM-Guru

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!