Gerakan Tanah Air (GTA) : Latar Belakang, Senarai Jawatankuasa

Gerakan Tanah Air (GTA) diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Pengumuman penubuhan GTA diadakan pada 4 Ogos 2022 dalam satu sidang media yang bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

GTA

Latar Belakang Gerakan Tanah Air (GTA)

Memetik perkongsian daripada Tun Mahathir Mohamad di Twitter, Gerakan Tanah Air (GTA) ialah gabungan Parti-Parti Politik Melayu dan NGO-NGO bertujuan membentuk satu usaha untuk tukar Kerajaan. Gerakan ini juga meliputi ahli-ahli akademik, profesional dan orang perseorangan.

Gerakan Tanah Air diadakan sebagai tempat orang Melayu tentukan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dan bersama mendapat tempat mereka dalam negara berbilang kaum ini.

Pengerusi penaja gagasan baharu itu, berkata, asas penubuhan Gerakan Tanah Air itu berusaha untuk memperbetulkan ekonomi masyarakat Melayu bukannya merampas harta masyarakat bukan Melayu atau menyekat mereka daripada berusaha untuk mendapatkan kekayaan.

GTA akan menggunakan logo obor dengan dengan api menyala sebagai lambang gabungan 4 buah parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

GTA

4 parti yang menyertai GTA adalah :

  • Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)
  • Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN)
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
  • Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Senarai Calon GTA Bagi PRU15

Anda boleh rujuk senarai penuh calon Gerakan Tanah Air yang akan bertanding bagi PRU15 di pautan berikut :

Senarai Calon GTA Bagi PRU15

gta

Jawatankuasa Penaja Gerakan Tanah Air

Senarai Jawatankuasa Penaja Gerakan Tanah Air adalah seperti berikut :

Pengerusi: YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Timbalan-Timbalan Pengerusi:
i. Ustaz Zamani Ibrahim – Presiden, BERJASA
ii. Dato’ Paduka Ibrahim Ali – Presiden, PUTRA
iii. Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir – Presiden, PEJUANG
iv. Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak – Presiden, IMAN


Ketua Setiausaha : Datuk Wira Marzuki Yahya

Bendahari : Datuk Mohamed Ismail

Ketua Penerangan : Datuk Nizam Mahshar

Ketua Sayap Wanita : Datin Paduk Che Asmah Ibrahim

Ketua Sayap Pemuda : Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Sayap Pemudi : Azliza Rajain

Ahli-Ahli Jawatankuasa:

  1. Dato’ Mohd Rosli Ramli – BERJASA
  2. Tan Sri Dato’ Mohd Khalid Mohd Yunus – PUTRA
  3. Datuk Mohamed Ismail Ibrahim – IMAN
  4. YB Dato’ Wira Amirudin Hamzah – PEJUANG
  5. En. Borhan Ahmad Zakaria – PUTRA
  6. Dr Amir Hamzah – IMAN
  7. En. Azriq Rosman – BERJASA
  8. Prof Dr Murad Merican – Sarjana
  9. Tuan Hj Ahmad Zakie Ahmad Shariff – Profesional Kewangan
  10. En. Syed Hassan Syed Ali – Tokoh NGO
  11. Dr Nazmi Desa – Agamawan
  12. En. Khaidir Ahmad – Aktivis Alam Sekitar & Rakyat Marhaen
  13. Dr Farhan Rusli – Sarjana & Profesional
  14. Datuk Dr Abdul Halim Hj Sher – Doktor Perubatan

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkembangan Gerakan Tanah Air, sila ikuti laman Facebook rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!