Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Untuk ibu bapa yang masih tidak mengetahui lagi, Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) ada menyediakan satu lagi geran iaitu Geran Sepadan boleh diberikan sehingga RM10,000 untuk membantu perbelanjaan pendidikan anak apabila mereka melanjutkan pengajian ke IPT. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai geran ini oleh PTPTN.

Apakah Geran Sepadan PTPTN?

Geran Sepadan merupakan geran yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2003 pada 20 September 2002.

Secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM1 bilion dalam bentuk Geran Sepadan sebagai insentif untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Keistimewaan Simpan SSPN Prime antaranya pemberian Geran Sepadan ada termaktub di dalam P.U.(A) 268 Peraturan-Peraturan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2004 walaupun ianya tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci satu persatu di dalamnya.

Peraturan 9.(1) menyebut “Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan, memberikan sesuatu insentif kepada mana-mana kategori atau kumpulan pendeposit yang dirasakan sesuai oleh Perbadanan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan”.

Jumlah Pemberian

Mereka yang layak akan menerima Geran Sepadan ini tidak melebihi RM10,000 bagi satu keluarga.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan geran padanan ini adalah seperti berikut:

  1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.
  2. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
  3. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
  4. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran geran sepadan dilakukan.
  5. Pemberian hanya layak kepada pendeposit (ibu/bapa/penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak di bawah jagaannya yang sahaja.

Cara Tuntutan

Untuk membuat tuntutan geran ini, pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

  1. Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
  2. Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat.
  3. Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai.
  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT.
  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi perkara 4).
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan (PTPTN hendaklah mencetak maklumat pembiayaan daripada sistem).

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Geran Sepadan PTPTN?

Geran Sepadan merupakan insentif untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Berapakah jumlah pemberian Geran Sepadan ini bagi mereka yang layak?

Mereka yang layak akan menerima tidak melebihi RM10,000 bagi satu keluarga.

Berapakah gaji pokok bagi pemohon yang layak untuk membuat tuntutan geran ini?

Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit mestilah tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.

Berapakah umur maksimum penerima manfaat yang layak bagi geran ini?

Penerima manfaat mestilah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan geran ini?

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/Tuntutan Geran Sepadan yang boleh diperoleh di pejabat PTPTN yang berhampiran.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?

1- Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
2- Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat.
3- Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai.
4- Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT.
5- Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi perkara 4).
6- Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan (PTPTN hendaklah mencetak maklumat pembiayaan daripada sistem).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan di https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/simpan-sspn-prime/geran-sepadan/.

Baca juga: PTPTN Tawar Biasiswa Anak eKasih (BAeK) Untuk Pelajar IPTA 2026/2027

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS