Permohonan Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) – PUJB

PERMOHONAN GERAN PKS MAKMUR JOHOR 2022 (GOL 4.0), PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT 2.0 (PPES) DAN JELAJAH USAHAWAN JOHOR 2.0 (JUJ) BAGI TAHUN 2022 KINI DIBUKA!

Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. ( PUJB ) akan melaksanakan program keusahawanan berbentuk geran iaitu Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0), Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dan Jelajah Usahawan Johor 2.0 (JUJ).

Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0)

Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan yang bernilai sehingga RM 5,000.00 yang dijangka memberi manfaat kepada 560 usahawan.

Bantuan ini boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja iaitu perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES)

Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dirangka bagi mengenal pasti projek – projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.

Geran yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000.00 yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.

Sebanyak 53 Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dijangka menerima manfaat menerusi PPES.

pujb

Baca juga: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan

Jelajah Usahawan Johor PUJB 2022

Jelajah Usahawan Johor (JUJ) merupakan program pemasaran untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan usahawan kepada pengguna. Ia meliputi promosi berbentuk video dokumentari interaktif yang akan disiarkan melalui platform-platform media kelolaan PUJB.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk penghasilan video berdurasi pendek dan dijangka memberi manfaat kepada 60 usahawan.

pujb

Baca juga: Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022

Cara Permohonan PUJB

Borang permohonan bagi program-program di atas boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/.

Sila daftar menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.

Tarikh Permohonan

Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam sehingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang permasalahan atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU di laman web www.pujb.my boleh dibuat menerusi WhatsApp di 011-2075 5135 atau emel di [email protected]

Info terkini dan pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada media sosial rasmi berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!