Penebusan Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Mulai 2022

PENEBUSAN AWAL AWARD WANG TUNAI
GANTIAN CUTI REHAT (GCR) MULAI 2022

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Syarat Penebusan GCR Awal

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun;
(c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari.

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Cara Penebusan & Pengiraan Gantian Cuti Rehat

Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal JPAPencen melalui pautan http://www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.

Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim melalui lampiram di bawah:

Gcr awal
Gcr awal
Gcr awal
Gcr awal

Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].

Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!