Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan

Pernahkah anda dengar tentang Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Untuk anda yang masih belum memiliki rumah, inilah peluang untuk anda memanfaatkan insentif dari kerajaan di mana pemohon boleh dapat pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah!

Menarik kan?

Jom kami kongsikan lebih lanjut tenang Skim Rumah Pertamaku ini, khususnya bagi yang belum pernah memiliki rumah.

skim rumah pertamaku SRP 2022

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah.

Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim dan standard pengunderaitan kredit bank masing-masing.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia

Skim ini adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Secara ringkasnya, apa yang anda perlu faham adalah:

  • Memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan
  • Mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat
  • Pinjaman/pembiayaan dijaminkan oleh Cagamas SRP Berhad

Syarat-syarat Permohonan Skim Rumah Pertamaku

Apa pula syarat-syarat untuk memohon skim ini?

Menurut laman web rasmi SRP, syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama
    • Harta tanah kediaman dan dihuni pemilik
    • Nilai harta tanah sehingga RM500,000
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
  6. Pembiayaan sehingga 110% *
  7. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000

skim rumah pertamaku SRP 2022

Cara Permohonan

  1. Cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.
  2. Semak kelayakan anda untuk pembiayaan rumah di bawah SRP.
  3. Sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain.
  4. Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.
skim rumah pertamaku SRP 2022

Baca juga:

Bank-bank Yang Terlibat

Berikut adalah senarai bank yang menawarkan permohonan Skim Rumah Pertamaku.

Sila hubungi bank pilihan anda dalam senarai di bawah:

Affin BankAffin Bank03-8230 2222
Affin Islamic BankAffin Islamic Bank03-8230 2223
Alliance BankAlliance Bank03-5516 9988
Alliance Islamic BankAlliance Islamic Bank03-5516 9989
AmBankAmBank03-2178 8888
AmBank IslamicAmBank Islamic03-2178 8888
Bank IslamicBank Islam03-2690 0900
Bank MuamalatBank Muamalat03-2600 5500
Bank of ChinaBank of China03-2059 5566
CIMB BankCIMB Bank03-6204 7788
CIMB Islamic BankCIMB Islamic Bank03-6204 7789
Hong Leong BankHong Leong Bank03-7626 8899
Hong Leong Islamic BankHong Leong Islamic Bank03-7626 8900
MayBankMaybank1 300 88 6688
MayBank IslamicMaybank Islamic1 300 88 6688
MBSB BankMBSB Bank03-2096 3000
OCBC Al-Amln BankOCBC Al-Amln Bank03-8314 9310
OCBC BankOCBC Bank03-8317 5000
Public BankPublic Bank1 800 22 9999
Public Islamic BankPublic Islamic Bank1 800 22 9999
RHB BankRHB Bank03-9206 8118
RHB Islamic BankRHB Islamic Bank03-9206 8118
Standard Chartered BankStandard Chartered Bank1 300 888 888
Standard Chartered Saadiq BankStandard Chartered Saadiq Bank1 300 888 888
United Overseas BankUnited Overseas Bank03-2612 8121

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku ini, sila rujuk Soalan Lazim di SINI.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!