Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

Berita baik buat pemilik Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang masih beroperasi secara manual, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menawarkan Geran Padanan Pendigitalan PKS sehingga RM5000 sebagai peluang untuk mendigitalisasikan perniagaan anda.

Ini bermaksud, sekiranya anda masih melakukan urusniaga secara manual untuk urusniaga, kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan digitalisasi seperti membuat laman web, menambah perkhidmatan e-dagang dan memajukan lagi perniagaan insentif yang ditawarkan untuk PKS ini.

Apakah Geran Padanan Pendigitalan PKS?

Secara ringkasnya, inisiatif pendigital PKS oleh BSN ini menawarkan bantuan untuk membuat laman web bagi mempromosikan perniagaan anda dan memantapkan lagi proses pendigitalan perniagaan dengan perkhidmatan e-dagang, Sistem Jualan Elektronik (e-POS), Perencanaan Sumber Daya Perusahaan (ERP), Sistem Penggajian Sumber Manusia (CRM), Pemasaran Digital (contohnya Facebook / Google Ads) dan sebagainya.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai peneraju utama dan turut disertai oleh Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Menarik bukan?

Jom ketahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan PKS serta cama memohon Geran Padanan Pendigitalan PKS melalui artikel ini.

geran padanan pendigitalan PKS

Ciri-ciri Geran Padanan Pendigitalan PKS myBSN

Amaun Geran Padanan Pendigitalan PKS sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 dari jumlah invois.

Tawaran menarik untuk produk operasi digital dari senarai panel yang disenaraikan oleh MDEC.

Terdapat tujuh (7) jenis perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilih seperti dibawah:

  1. Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
  2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer RelationshipManagement (CRM)
  3. Pemasaran Digital / Jualan
  4. Perolehan
  5. Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai
  6. Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
  7. E-Dagang
geran padanan pendigitalan pks

Syarat Kelayakan

PKS yang memenuhi kriteria di bawah adalah layak dan digalakkan untuk memohon:

  1. Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;
  2. Syarikat berdaftar dibawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS;
  3. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  4. Bagi syarikat yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut; dan
  5. Bagi syarikat yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum RM50,000.00 untuk dua (2) tahun sebelum secara berturut. (jualan tahunan).

Baca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Cara Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS Melalui myBSN

1. Isi Borang

PKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana–mana cawangan Bank.

Borang online boleh dimuat turun melalui laman web myBSN :
https://www.mybsn.com.my/

2. Lantikan Panel Pembekal Perkhidmatan Pendigitalan

PKS hendaklah berhubung dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan untuk melaksanakan mana–mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 panel).

3. Sertakan Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan.

  • Borang aplikasi Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan.
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
  • Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika diperlukan).
  • Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
  • Profil PKS (jika ada).
  • Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

4. Serahan Borang & Dokumen

Hanya PKS dibenarkan untuk melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana–mana cawangan Bank ataupun melalui emel rasmi syarikat.

Perlantikan mana-mana pihak ketiga bagi tujuan pengumpulan dan penghantaran borang permohonan kepada pihak Bank adalah tidak dibenarkan.

NOTA:

Berikutan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin terdapat kesukaran PKS bagi menghantar borang permohonan ke cawangan-cawangan
BSN.

Oleh yang demikian, PKS yang ingin memohon geran padanan ini, boleh membuat penghantaran permohonan melalui e-mel.

Baca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

Dibawah adalah senarai e-mel mengikut negeri bagi tujuan penghantaran borang permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS oleh myBSN ini.

5. Kelulusan

Setelah permohonan PKS diluluskan, PKS perlu membayar jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois selepas ditolak amaun subsidi yang diberikan di bawah Inisiatif dan mengemukakan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan Bank.

Setelah bukti pembayaran dikemukakan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Inisiatif Pendigitalan PKS / Geran Padanan Pendigitalan PKS ini, sila hubungi:

BSN (Bank Simpanan Nasional) : 1-300-88-190

SME Bank (Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad) : 03 – 2603 7700

Anda juga boleh follow Facebook BSN Malaysia untuk mendapatkan info serta maklumat terkini tentang inisiatif ini.

Leave a Comment