Geran Khas Prihatin (GKP) Permohonan RM3,000 Untuk PKS

Geran Khas Prihatin (GKP) diwujudkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui inisiatif ini, geran khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

Baca juga : Semakan BPN Fasa 2: Bayaran Bantuan Prihatian Nasional 4 Mei 2020

Berikut adalah info lanjut tentang Geran Khas Prihatin yang penting untuk kita tahu, terutamanya bagi pemilik perniagaan kecil dan sederhana yang terjejas dengan COVID-19.

Semakan GKP sudah boleh dibuat bermula 4 Jun 2020.

Pembayaran secara one-off akan dibuat bermula 15 Jun nanti.

Bagi permohonan yang gagal, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan GKP bermula 3 Jun di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan Geran Khas Prihatin ini dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Bentuk Bantuan Yang Diberikan

Jumlah bantuan kewangan secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.

Ini bertujuan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat tempoh PKP dan kesan daripada wabak COVID-19.

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia

Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)

Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000;
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Perusahaan Telah Berdaftar Sebelum 31 Disember 2019

Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

*Perusahaan yang didaftarkan dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM juga layak memohon.

4. Masih Aktif Menjalankan Perniagaan

Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan

5. Semakan Silang Data

Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Cara Permohonan

Permohonan secara manual tidak akan diterima dan perlu dibuat secara atas talian (online).

Berikut adalah cara membuat permohonan Geran Khas Prihatin secara online.

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
    (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baharu’ untuk membuat permohonan.
  4. Isikan maklumat diri, pasangan dan perniagaan yang didaftarkan dengan tepat.
  5. Hantar maklumat dan tunggu maklumbalas penerimaan.

Keputusan / Cara Semakan Status

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Oleh itu, pastikan akaun bank yang didaftarkan adalah aktif.

Baca juga : i-Lestari Online: Semak Status Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan melalui 4 kaedah yang diumumkan oleh LHDNM seperti berikut :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!