Tawaran Geran Insentif Agropelancongan LPNM (Lembaga Industri Nanas Malaysia)

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembagan Perindustrian Nanas Malaysia kini menawarkan tawaran geran insentif buat pengusaha agropelancongan yang menjalankan perniagaan berasaskan nanas.

Agropelancongan merupakan satu cabang dalam aktiviti pelancongan berkaitan industri pertanian, perinakan, ternakan serta industri asas tani.

Objektif Program Agropelancongan adalah:-

  1. Menarik minat pengunjung dalam industri nanas
  2. Memperkenalkan pelbagai varieti nanas segar dan ornamental yang ada di dunia
  3. Mempromosikan produk-produk makanan dan bukan makanan yang berasaskan nanas
  4. Menyampaikan maklumat berkaitan industri nanas kepada pengunjung
  5. Memperkenalkan Taman Agroteknologi Nanas kepada orang ramai
  6. Menyediakan aktiviti yang menarik untuk pengunjung

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman dalam bidang pertanian khususnya tanaman nanas.

Ikuti perkongsian kami untuk maklumat lanjut mengenai insentif yang ditawarkan.

Baca Juga : Tawaran Skim Pembiayaan Mudah (IPPKS) Untuk Pekebun Kecil Sawit

Geran Insentif Agropelancongan LPNM

Komponen Produk

Komponen produk yang dibenarkan untuk memohon Geran Insentif Agropelancongan LPNM ini adalah seperti berikut :

  • Produk berasaskan ladang dan kebun
  • Produk Berasaskan Inapan Desa (Homestay)
  • Produk Berasaskan Kraftangan/Kraftani
  • Produk Berasaskan Makanan

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Geran Insentif Agropelancongan LPNM

Pengusaha yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Pengusaha yang sedang menjalankan elemen-elemen agropelancongan seperti :
  1. Projek penanaman nanas; atau
  2. Pemprosesan makanan dan bukan makanan berasaskan nanas; atau
  3. Kraftangan/kraftani berasaskan nanas; atau
  4. Menyediakan penginapan seperti Inapan Desa (Homestay) berkonsepkan agronanas
  • Entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau enterprise yang diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).
  • Koperasi yang berdaftar dengan suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
  • Pengusaha-pengusaha dibawah kategori pengusaha kecil dan mikro iaitu yang memperoleh nilai jualan tahunan kurang atau tidak melebihi RM 3 juta.
  • Bersedia memeberikan kerjasama kepada pegawai pemeriksa semasa pemantauan dibuat

Skop Pembiayaan

Skop pembiayaan bagi Geran Insentif Agropelancongan LPNM adalah seperti berikut :

  • Jalan crusher run, mini tar dan pembaikan laluan masuk
  • Pembinaan dan baikpulih surau
  • Pembinaan dan naiktaraf dewan, galeri jualan, tandas awam dan pusat informasi pengunjung
  • Pengindahan landskap; dan
  • Pembinaan dan baikpulih papan tanda
  • Pembinaan dan naiktaraf longkang/sistem perparitan dan perpaipan dalam kawasan.

Nota : Skop secara berasingan atau kombinasi adalah tertakluk kepada ketetapan terma dan syarat.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah sebanyak RM 200,000 maksimum bagi setiap pemohon.

Cara Memohon

  • Muat turun borang di bawah.
  • Borang perlulah diisi dengan maklumat yang tepat dan betul serta diserahkan ke pejabat LPNM Wilayah atau Negeri yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Geran Insentif Agropelancongan LPNM, sila ajukan e-mel ke [email protected] atau hubungi 07-236 1211 / 17-236 1012.

Anda juga boleh ikuti laman Facebook Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk ketahui perkembangan terkini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!