Tawaran Skim Pembiayaan Mudah (IPPKS) Untuk Pekebun Kecil Sawit

Tawaran Skim Pembiayaan Mudah (IPPKS) Untuk Pekebun Kecil Sawit

Sukacita dimaklumkan bahawa Agro-Bank Malaysian Palm Oil Board (MPOB) kini menawarkan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) kepada pengusaha sawit yang berkelayakan.

Skim IPPKS ini ditawarkan bagi membantu pekebun kecil sawit membeli input pertanian seperti baja, anak benih serta racun serangga perosak untuk pengurusan kebun.

Pembiayaan khas kepada peladang sawit ini juga bermatlamat untuk menggandakan lagi hasil pertanian mereka dan seterusnya dapat menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai IPPKS dengan lebih lanjut.

Proses pembajaan kini cuma 3-4 jam sahaja dengan menggunakan baja sawit ini. Dapatkannya sekarang!

Baca Juga : Semakan BMT RISDA (Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2022)

Kadar & Tempoh Pembiayaan Skim IPPKS

Kadar serta tempoh pembiayaan bagi skim ini adalah seperti berikut :

  •  Kadar pembiayaan = RM2,500 bagi setiap hektar
  • Jumlah pembiayaan maksima = RM16,250
  • Tempoh pembiayaan = 24 bulan
IPPKS

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 58 tahun.
  2. Pekebun kecil persendirian dengan jumlah pemilikan tanah tidak melebihi 40.66 hektar.
  3. Memiliki sawit berusia kurang daripada 22 tahun.
  4. Memiliki lesen MPOB.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu dapatkan borang permohonan di cawangan Agro Bank terdekat atau Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara.

Borang permohonan perlu diisi dan dihantar bersama yang diperlukan ke mana-mana cawangan Agro Bank terdekat.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki untuk hantar borang bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan dokumen pemilikan tanah.
  3. Salinan lesen MPOB.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim IPPKS, sila hubungi Pn. Rahmahwati Rasuddin iaitu di talian 03-8769 3855 ([email protected]) atau hubungi talian di bawah:

  • 03-8769 4370
  • 03-8769 4255
  • 03-8769 3930

Anda juga boleh layari laman web MPOB di pautan https://www.mpob.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!