Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3000 TEKUN

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional kini dibuka untuk permohonan!

Bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat bantuan ini dan cara membuat permohonan.

Apakah Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia?

Peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 layak memohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Bantuan berbentuk geran RM3000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro ini diberikan untuk membantu memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

Bantuan ini berbentuk one-off dan tidak perlu dibayar semula.

Syarat Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional

  1. Geran ini disediakan untuk
    • Perniagaan informal – iaitu perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)
    • Perniagaan mikro – iaitu perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum
  4. Premis perniagaan (termasuk perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022
  5. Usahawan TEKUN dan AIM tidak perlu mengisi borang permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon geran ini adalah:

  1. Salinan kad pengenalan individu
  2. Salinan Penyata bank individu
  3. Salah satu daripada laporan berikut:
    • Laporan Polis
    • Bomba
    • NADMA
    • Agensi MEDAC
    • Pemimpin Tempatan
    • Penghulu
    • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
    • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)
    • Ketua Kaum (Sabah & Sarawak )
    • Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan

Tarikh Akhir Permohonan

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN adalah terbuka dan tertakluk kepada baki dana.

Cara Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN Nasional

Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia boleh dibuat menerusi:

  1. Secara dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm
  2. Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara
  3. Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.

Baca juga: Permohonan Bantuan Insentif ‘one-off’ Pelancongan Johor 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan permohonan https://tinyurl.com/geranbbkm

ATAU

Kunjungi cawangan TEKUN di https://www.tekun.gov.my/en/contact-us/state-offices-2/

ATAU

Rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah:

geran banjir tekun
geran banjir tekun
geran banjir tekun
geran banjir tekun

Baca juga: MyTax : Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN & Sekatan Perjalanan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!