Gaji Disember 2024 – Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam

gaji disember 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tarikh bayaran gaji untuk bulan Disember 2024 boleh disemak melalui jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Tarikh pembayaran gaji ini dibuat melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) yang dikeluarkan oleh JANM.

Oleh itu, penjawat awam yang ingin mengetahui tarikh pembayaran gaji mereka boleh menyemak jadual tarikh pembayaran gaji menerusi surat pekeliling tersebut yang dikeluarkan oleh JANM.

Mengenai e-Penyata Gaji

Perincian gaji penjawat awam boleh disemak melalui penyata gaji yang dikeluarkan setiap bulan.

Penyata gaji penjawat awam ini boleh diakses secara online menerusi sistem e-Penyata Gaji.

Mulai bulan Oktober tahun 2010, selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010, sistem ini digunakan secara rasmi oleh penjawat awam di Malaysia bagi menyemak penyata gaji mereka.

Walau bagaimanapun, sistem ini terhad menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja: 

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan 
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Tarikh Bayaran Gaji Disember 2024

Bagi jadual penuh tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024, berikut dikongsikan jadual bayaran gaji tersebut.

Untuk bayaran gaji bulan Disember 2024, tarikh bayaran gaji adalah pada 19 Disember 2024 iaitu pada hari Khamis.

Pembayaran ini dibuat lebih awal kerana sambutan Hari Krismas akan jatuh pada 25 Disember 2024.

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin –
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)
gaji januari 2024 penjawat awam
Sumber : Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024

Penjawat awam di Malaysia bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.

Ini selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman mengenai kenaikan tersebut di dalam ucapan beliau semasa Hari Pekerja 2024.

Peningkatan gaji ini adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara kerana kadar paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus sahaja.

Kenaikan gaji mulai Disember 2024 ini akan membabitkan peruntukan mencecah RM10 bilion.

Perincian mengenai kenaikan gaji ini akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut