Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Kenaikan Terkini

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 & Kenaikan Terkini Mulai Disember

Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan senarai tarikh rasmi pembayaran gaji untuk semua penjawat awam di Malaysia bagi tahun 2024 serta bonus 2023 @ Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara dalam Belanjawan 2024.

Berikut dikongsikan makluman tarikh pembayaran emolumen bulanan tahun 2024 serta bayaran kenaikan gaji yang diumumkan bermula bulan Disember nanti untuk makluman bersama.

TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2024

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada
Kementerian/Jabatan berkaitan:
1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara
pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan
emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

2. TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran 1
yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat
Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1
November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

3. PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN
Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran
Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa

Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)
3.1.1 Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

3.1.2 Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.

3.1.3 Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam laporan Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
(1) Butiran peribadi;
(2) Nombor akaun bank; dan
(3) Nombor rujukan:
(i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(ii) Cukai Pendapatan;
(iii) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;

3.1.4 Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan.

3.1.5 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan
dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi keskes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

3.2 Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

3.2.1 Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)

3.2.2 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.

3.2.3 Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mei, Julai dan Ogos 2024 akan dibuat pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.

3.3 Tanggungjawab Pegawai Awam
Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.

3.4 Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

3.4.1 Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan

3.4.2 Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

4. HAL-HAL LAIN
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya.
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

5. TARIKH KUAT KUASA
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan. (2 November 2023)

PEMAKAIAN
Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan
peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Peraturan surat pekeliling
ini juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun
Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada
penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

*Rujuk lampiran surat pekeliling di bawah

Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Berikut dikongsikan jadual tarikh bayaran gaji dan bonus (BKKA) bagi penjawat awam untuk tahun 2024.

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin –
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)
gaji januari 2024 penjawat awam
Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024 / Sumber : Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Ada khabar gembira untuk penjawat awam pada 2024!

Pengumuman khas dan perincian mekanisme pengiraannya yang berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam ini akan dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

gaji penjawat awam naik 2024 kenaikan disember 2024
Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti

Beberapa perkara penting mengenai kenaikan gaji ini adalah:

  1. Kenaikan gaji dijangka melebihi 13 peratus.
  2. Ia akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
  3. Kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM10 bilion.
  4. Bagi penjawat awam kategori rendah, kenaikan gaji dianggarkan mencecah antara 20 hingga 40 peratus.
  5. Sistem kenaikan gaji ini akan menggunakan pendekatan yang lebih adil, di mana penjawat awam berpangkat rendah akan menikmati kenaikan yang lebih tinggi berbanding mereka yang berpangkat tinggi.
  6. Sebelum pengumuman rasmi pada MAPPA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyantuni penjawat awam di setiap negeri untuk mendapatkan maklum balas dan membuat penyesuaian jika perlu.
  7. Perincian lengkap mengenai kenaikan gaji ini dijangka akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kenaikan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, serta membolehkan mereka hidup dengan lebih selesa

Beliau juga menjelaskan bahawa pengumuman ini tidak berkaitan dengan mana-mana pilihan raya kecil, sebaliknya merupakan keputusan yang telah dirancang sejak awal tahun.

Disamping itu, JPA turut menyeru penjawat awam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja sejajar kenaikan gaji baharu nanti.

Bantu kami share artikel ini: