F&N Jelas Isu Label Gold Coin Tulisan Hebrew, Israel

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Isu F&N Israel kembali hangat selepas tular di media sosial dakwaan bahawa susu pekat Cap Gold Coin keluaran F&N dieksport ke Israel dengan label bertulisan Hebrew.

Susulan kekeliruan tersebut, pihak Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan bahawa produk berkenaan sebenarnya dieksport secara eksklusif untuk pasaran Palestin, bukan Israel, dan mematuhi syarat pelabelan tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan di Ramallah.

Viral Susu Pekat Cap Gold Coin Dieksport ke Israel, Ada Tulisan Hebrew?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang rakyat Gaza yang pernah menetap di Malaysia dan berkahwin dengan wanita tempatan mendakwa bahawa susu pekat Cap Gold Coin keluaran F&N telah dieksport ke Israel.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan label produk tersebut memaparkan tulisan Ibrani (Hebrew) dengan perkataan “Made in Malaysia”, mencetuskan persoalan ramai.

Kredit: Tiktok @surijannah_25
Kredit: Tiktok @sameralhassanat

Berikut respon dari pihak F&N berkenaan video yang viral tersebut.

Siaran MEDIA F&N Berkenaan Produk Gold Coin Berlabel Tulisan Hebrew, Israel

UNTUK SIARAN SEGERA
21 Oktober 2025

F&N PERJELASKAN PELABELAN PRODUK GOLD COIN UNTUK PASARAN PALESTIN

Kami mengambil maklum dengan kebimbangan yang timbul susulan penyebaran sebuah video di media sosial berkenaan penggunaan bahasa pada pembungkusan produk Gold Coin keluaran kami.

Kami ingin menjelaskan bahawa produk tersebut telah dieksport secara eksklusif untuk manfaat pasaran Palestin. Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co., yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami.

Kami ingin menegaskan bahawa Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) tidak mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel. F&NHB kekal komited untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna kami, serta berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memaklumkan perkara ini kepada kami dan amat menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian pengguna kami di 1800-88-1988 atau [email protected].

VERSI BAHASA MELAYU

F&N Israel

VERSI BAHASA INGGERIS

F&N Israel

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: