FamilyMart Sokong Israel? Ini Kenyataan Rasmi Family Mart Malaysia

GERAKAN BOIKOT FAMILY MART – Ini Kenyataan Media Rasmi FamilyMart Malaysia Berkenaan Gesaan Boikot Di Malaysia Susulan Sokongan Terhadap Israel

Betul ke kena boikot FamilyMart? Dengar kata ia ada kaitan dengan Israel, bahkan di media sosial juga menjadi tular dengan isu ini.

Kini, ramai yang memilih untuk memboikot sehingga FamilyMart sendiri terpaksa tampil untuk membuat kenyataan rasmi.

Ayuh, berikut adalah penjelasan oleh Family Mart berhubung isu ini.

Pengenalan : Kaitan Antara Family Mart – Itochu Aviation – Israel

Itochu Corporation adalah pemegang saham terbesar FamilyMart.

Salah 1 anak syarikat Itochu Corporation ialah Itochu Aviation di mana mereka membekalkan senjata kepada Israel.

Itochu Aviation dan Nippon Aircraft Supply (NAS) bekerjasama bersama syarikat teknologi Israel bernama Elbit Systems bertujuan untuk mencipta teknologi pertahanan ketenteraan, dimana Itochu berperanan sebagai pemasar kepada sistem ketenteraan.

Itochu Aviation, Elbit Systems dan Nippon Aircraft Supply (NAS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik pada Mac 2023, tujuh bulan sebelum meletusnya perang.

Walaubagaimanapun, menurut wakil syarikat itu, kerjasama ini adalah berdasarkan permintaan daripada Kementerian Pertahanan Jepun untuk tujuan mengimport peralatan pertahanan untuk Pasukan Pertahanan Diri yang diperlukan untuk keselamatan Jepun, dan tidak sama sekali berkaitan dengan konflik semasa antara Israel dan Palestin.

Kenyataan Media Rasmi FamilyMart Malaysia

Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

Pada Mac 2023, ia dilaporkan Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.

Kami dimaklumkan hari ini (5 Februari 2024) oleh FamilyMart Co., Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun. Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini, yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan. FamilyMart Malaysia tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel.

familymart israel family mart boikot

Sumber: FamilyMart Malaysia

Memetik laporan terkini dari Reuters yang bertarikh 5 Februari 2024, Itochu merancang untuk menamatkan kerjasama itu selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa memerintahkan Israel bulan lalu untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dan melakukan lebih banyak lagi untuk membantu orang awam, kata Ketua Pegawai Kewangan Itochu Tsuyoshi Hachimura.

“Dengan mengambil kira perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 26 Januari, dan bahawa kerajaan Jepun menyokong peranan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, kami telah menggantung aktiviti baharu yang berkaitan dengan MOU itu, dan merancang untuk menamatkan MOU menjelang akhir Februari,” katanya.

Nota: Siapa kata boikot tiada kesan? Tindakan oleh Family Mart merupakan salah satu contoh terbaik yang menunjukkan kekuatan dan keberkesanan kempen boikot terhadap pengganas Israel!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!