Senarai Kurma dari Israel Yang Kita Perlu Tahu & Elakkan

Setiap kali tiba bulan Ramadan, pastinya kebanyakan umat Islam di Malaysia akan membeli kurma malangnya ramai yang tidak tahu dan membeli kurma dari tanah haram Israel.

Lebih menyedihkan, kebanyakan kurma dari Israel ini boleh didapati dengan mudah di pasaran Malaysia dan menjadi pilihan ramai kerana harganya juga sangat mampu milik.

Kita sedia maklum akan kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin dan atas dasar kemanusian dan solidariti terhadap saudara se-Islam kita di Palestin, sebaik-baiknya elakkanlah untuk membeli jenama-jenama kurma dalam senarai ini kerana secara tidak langsung kita juga menyokong tindakan terkutuk Zionis.

Adakah Boikot Berkesan?

Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah boikot barangan dari Israel termasuklah kurma ini berkesan memberikan mesej khas kepada mereka bahawa tindakan kekejaman mereka itu salah?

Penemuan oleh Kesatuan Perindustrian Israel mendedahkan bahawa berikutan serangan ke atas Gaza, satu daripada lima pengeksport Israel menghadapi kesukaran menjual di luar negara akibat boikot.

Yair Rotloi, pengerusi jawatankuasa perdagangan asing persatuan itu mendedahkan “21 peratus daripada pengeksport tempatan melaporkan bahawa mereka menghadapi masalah dalam menjual barangan Israel kerana boikot anti-Israel, terutamanya dari UK dan negara-negara Scandinavia”.

Institut Eksport Israel melaporkan pada Feb 2009 bahawa 10% pengeksport Israel telah menerima pembatalan pesanan kerana boikot.

Boikot ditambah dengan iklim ekonomi telah memaksa 66% pengeksport Israel untuk mengurangkan harga dan mereka telah meminta campur tangan kerajaan untuk melindungi mereka daripada boikot yang semakin meningkat.

Artikel berkaitan: Niat Puasa Isnin Khamis Beserta Kelebihannya

Industri Kurma Israel

Menanam kurma ialah salah satu aktiviti pertanian utama yang dijalankan oleh hampir separuh daripada penempatan Israel yang terletak di Lembah Jordan, ia adalah tanaman mereka yang paling menguntungkan, menyumbang dengan ketara kepada daya maju ekonomi mereka.

Kebanyakan tanaman kurma Israel – sehingga 80%, dieksport, terutamanya ke Eropah di mana ia mempunyai sekitar 10% bahagian pasaran.

Dua syarikat besar israel terbabit ialah Agrexco dan Hadiklaim. Agrexco milik negara Israel mengendalikan 60-70% daripada semua barangan yang dihasilkan di penempatan haram Israel.

> Dapatkan kurma Ajwa sekarang – Penghantaran terus ke rumah anda!

Antara Kurma Yang Boleh Didapati Di Pasaran Malaysia

Bulan Ramadan bakal menjelang lagi, mana satu kurma pilihan hati?

Berikut jenis kurma yang popular di Malaysia menurut BERNAMA.

Senarai Kurma Dari Israel

Berikut merupakan antara beberapa jenama kurma popular yang sebenarnya berasal dari Israel.

Sumber: ampalestine

jenama kurma Israel
boikot kurma Israel
kurma dari Israel
kurma dari Israel

3 daripada setiap 4 kurma Medjoul berasal dari di Israel dan jangan beli Kurma Medjoul melainkan ianya daripada sumber Palestin yang disahkan seperti Zaytoun atau Yaffa.

Israel telah banyak kali ditangkap melabelkan kurma Israel yang ditanam di atas tanah yang dicuri, sebagai ‘hasil Palestin’ untuk menyasarkan umat Islam semasa Ramadan apabila jualan Medjoul melonjak sebanyak 57%.

Sila berhati-hati dalam pembelian dari jenama-jenama berikut:

  • Bomaja
  • Carmel Agrexco
  • Delilah
  • Desert Diamond
  • Hadiklaim
  • Jordan Plains
  • Jordan River
  • King Solomon
  • Paradise Dates
  • Rapunzel
  • Red Sea
  • Royal Treasure
  • Shams
  • Tamara

Pastikan anda semak label dengan teliti.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!