Program Fast Track SPM Huffaz Negeri Selangor 2026

program fast track huffaz
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Institut Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS) mempelawa pelajar Tahfiz persendirian negeri Selangor mengikuti Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM 2026 yang boleh dipohon menerusi https://pendidikan.jais.gov.my/fasttrackspm.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Fast Track SPM Huffaz

Program Fast Track ini merupakan program yang ditawarkan kepada semua institusi tahfiz di negeri Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor bagi membantu murid memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dengan adanya program ini, ia membantu para pelajar yang telah menghafaz al-quran ruang untuk menduduki peperiksaan SPM.

Selain membolehkan para Huffaz mengambil SPM, mereka ini juga memberikan peluang kepada mereka dapat menyambung pengajian tinggi atau pekerjaan pada masa hadapan.

Tarikh Permohonan

Permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 18 JANUARI 2026.

Pendaftaran Mata Pelajaran

Calon yang mendaftar hanya dibenarkan mengambil mata pelajaran yang ditawarkan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Bahasa Arab
  • Tasawwur Islam

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang menawarkan program ini boleh dirujuk melalui pautan https://pitas.awfatech.com/fastpitas/.

Daerah di Negeri Selangor yang menyediakan program ini adalah seperti berikut:

  • Gombak – 47 sekolah
  • Hulu Langat – 75 sekolah
  • Sepang – 26 sekolah
  • Hulu Selangor – 26 sekolah
  • Klang – 42 sekolah
  • Kuala Langat – 33 sekolah
  • Kuala Selangor – 45 sekolah
  • Petaling – 83 sekolah
  • Sabak Bernam – 18 sekolah
  • Luar Selangor – 1 sekolah

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Pelajar warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan ke atas.
  2. Sedang atau pernah menuntut di institusi tahfiz di negeri Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor.
  3. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 Juzuk’.
  4. Pelajar menguasai kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila layari pautan https://pitas.awfatech.com/fastpitas/.

Pilih daerah yang menjadi pilihan, dan klik butang “Mohon” di sekolah yang diinginkan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Fast Track Huffaz ini?

Program ini merupakan program bagi murid institusi tahfiz untuk membantu mereka memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Negeri Selangor.

Bilakah tarikh tutup permohonan bagi program ini?

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Januari 2026.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui sekolah atau institusi tahfiz yang menawarkan program ini?

Orang ramai boleh mengetahuinya melalui pautan https://pitas.awfatech.com/fastpitas/.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM, sila hubungi melalui:

DAERAH SABAK BERNAM

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03-3224 1260
  • Muhammad Farid bin Tutur@Abu (PITAS)
    H/P: 017-6393536

DAERAH KUALA SELANGOR

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03-3281 2611
  • Ahmad Fauzi bin Mat Elah (PITAS)
    H/P: 019-6110857

DAERAH KLANG

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03 3372 6924
  • Raja Mohd Azizulhakim bin Raja Rozhan (PITAS)
    H/P: 016 7159 084

DAERAH KUALA LANGAT

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03 3187 5134
  • Mohd Nasir bin Tambi Chek (PITAS)
    H/P: 019 3856 213

DAERAH HULU LANGAT

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03 8922 1891/013-610 7708
  • Abd Wahid bin Zainal Abidin (PITAS)
    H/P: 019-3212610

DAERAH SEPANG

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03-8706 3373
  • Mohd Zaharudin bin Hussain (PITAS)
    H/P: 019-3310034

DAERAH GOMBAK

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03-6131 1131
  • Mahayuddin bin Othman (PITAS)
    H/P: 017-2401961

DAERAH HULU SELANGOR

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03-6064 1437/3402
  • Syahzamezran bin Haji Manja (PITAS)
    H/P 013-2839173

DAERAH PETALING

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03 5514 3631/3694
  • Mohd Amir Hadi bin Mohd Wahi (PITAS)
    H/P: 011-15726322

DAERAH SHAH ALAM

  • Unit Pendidikan Islam PAID
    Tel Pej: 03 5514 3631/3694
  • Azidawati binti Mat Arof (PITAS)
    H/P: 012-3902102

Baca juga: Semakan Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) SMKA TMUA 2026.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut