Login EPSA: Daftar Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam

Sebagai penjawat awam, terutamanya guru-guru, anda boleh menggunakan Portal EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) bagi mendaftar kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM.

Penubuhan EPSA telah dicetuskan oleh tuntutan pembelajaran sepanjang hayat supaya keperluan latihan dapat disokong sepenuhnya, terutama dengan cabaran fenomena ekonomi global silang yang tidak lagi boleh menyokong sesi pembelajaran di dalam kelas sahaja.

Berasaskan keperluan yang mendesak ini, penyampaian pembelajaran melalui penggunaan latihan tradisional dan insititusi konvensional tidak lagi mencukupi.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang E-Pembelajaran Sektor Awam untuk makluman bersama.

Apakah EPSA?

E-Pembelajaran Sektor Awam merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat.

Setiap penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak menjadi ahli EPSA yang disediakan bebas dan mudah.

Semua keahlian bagaimanapun, tertakluk kepada dasar privasi.

Ini dapat meningkatkan peluang dan capaian penjawat awam kepada pengetahuan dan latihan melalui EPSA secara berterusan dan sepanjang hayat bila-bila masa dimana jua.

Siapakah Yang Boleh Mendaftar EPSA?

Pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem E-Pembelajaran Sektor Awam ini.

Cara Pendaftaran Keahlian

Pendaftaran Keahlian EPSA hanya sekali sahaja di sepanjang perkhidmatan. Untuk mendaftar keahlian pada sistem EPSA, pengguna perlu klik butang ‘Daftar’.

Langkah-langkah pendaftaran keahlian adalah seperti berikut:

  1. Pengguna yang mempunyai e-mel rasmi jabatan
    • Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel
    • Klik butang ‘Daftar’
    • Terima e-mel 1: Pengguna perlu klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum ia luput
    • Terima e-mel 2: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA
  2. Pengguna yang tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan
    • Klik Surat Pengesahan Majikan dan isi maklumat yang diperlukan. Cetak surat tersebut dan dapatkan tandatangan penyelia
    • Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel persendirian
    • Pengguna perlu memuat naik imbasan surat pengesahan yang telah ditandatangani oleh penyelia
    • Klik butang ‘Daftar’
    • Tunggu kelulusan pendaftaran keahlian akan diproses dalam tempoh tiga hingga lima (3-5) hari waktu bekerja
    • Terima e-mel: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA
epsa
epsa

Baca juga: HRMIS Login Page: Panduan Kemaskini Data Penjawat Awam

Cara Daftar Kursus EPSA

Pengguna boleh mendaftar kursus di EPSA® melalui Katalog Kursus dengan langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik ‘Log Masuk’ ke Portal E-Pembelajaran Sektor Awam
  2. Klik Menu ‘Katalog Kursus’. Pengguna boleh melihat senarai kursus EPSA mengikut kategori. Kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus.

Kaedah Pembelajaran

Pembelajaran melalui Portal EPSA adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf satu (1) hari bersamaan 6 jam melalui EPSA. Sebagai contoh Kursus Amalan 5S bernilai 12 jam 6 bersamaan dua (2) hari kursus.

Bahan pembelajaran adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna.

Surat Tamat Kursus

Pengguna boleh mencetak sendiri Surat Tamat Kursus dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik pada menu ‘Sijil’.
  2. Dipaparkan senarai kursus yang telah tamat. Klik ‘Jana Sijil’ pada kursus yang dikehendaki.

Syarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus adalah mengikut kriteria seperti berikut:

  1. Pastikan Tiang Bar setiap topik dan sub-topik tamat/selesai.
  2. Pastikan memenuhi ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’.

Sebagai contoh Kursus Amalan 5 S, ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’ = 1 jam. Pengguna perlu menghabiskan kursus tersebut dalam tempoh masa >= 1 jam dan boleh diperiksa di Progress Report atau My Progress.

Pembelajaran dalam tempoh satu (1) jam boleh disambung pada hari berikutnya.

Bagaimana untuk mengisi Buku Log Kursus / Latihan?

Bagi tujuan menulis kehadiran kursus Pembelajaran Kendiri melalui EPSA, daripada Surat Tamat kursus terdapat Tarikh Tamat Kursus.

Tarikh Mula Kursus adalah tarikh dianjak ke belakang daripada Tarikh Tamat Kursus.

Sebagai Contoh Kursus Amalan 5 S, nilai jam kursus adalah 12 jam = 2 hari kursus. Tarikh Tamat Kursus adalah 9 April 2020, maka Tarikh Mula Kursus adalah 8 April 2020.

Baca juga: APDM KPM: Manual Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

Maklumat Lanjut

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, maka pengguna perlu klik hiperangkai ‘Lupa Kata Laluan’ di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna/No. Kad Pengenalan di dalam petak ‘Lupa Kata Laluan’.

Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada pengguna menerusi e-mel.

Jika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi Bantuan EPSA di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702 (Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: TUTUP) .

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!