SEMAKAN PENEMPATAN PRASEKOLAH SESI 2025 / 2026 DIBUKA MULAI 5 OGOS 2024 MELALUI PORTAL EPRASEKOLAH KPM
Perhatian bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2024), anda boleh membuat permohonan secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.
Semakan keputusan permohonan dibuka mulai 5 Ogos 2024.
Berikut adalah info lanjut tentang pendaftaran prasekolah dan permohonan rayuan melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Fungsi Sistem ePrasekolah
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:
1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM
- Borang permohonan
- Semak dan kemas kini permohonan
- Rayuan permohonan
2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA
- Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif
3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH
- Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM
4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN
- Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan
Tarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2025 / 2026
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2025 / 2026 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2024 Hingga 30 April 2024.
Bagi permohonan manual pula, permohonan boleh dibuat terus di sekolah yang dimohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.
Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.
Semak Status Permohonan
Semakan Keputusan dan Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Sesi 2025/2026
Semak Keputusan Permohonan Melalui Dua Cara Iaitu:
Secara dalam talian (online):
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 05 Ogos 2024
Secara manual melalui sekolah dimohon:
Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 05 Ogos 2024
Rayuan Permohonan:
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my dari 05 hingga 20 Ogos 2024.
Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan.
NOTA:
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
6. Rayuan
Permohonan Rayuan bermula pada Ogos (tertakluk kepada pindaan).
- Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah
- Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.
Rayuan Permohonan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2024.
Kaedah Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;
1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac hingga 30 April 2024 melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2024 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.
Cara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM
Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:
1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM
Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2024)
2. Daftar & Login
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
3. Lengkapkan Maklumat
- Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
4. Kemaskini & Cetak
Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya berserta dokumen yang berkaitan.
NOTA:
- Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
- Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
- Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
- Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
- Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.
Bantuan / Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email protected]