Permohonan Prasekolah 2027 (ePrasekolah KPM)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2027), permohonan boleh dibuat mulai 2 Mac 2026 secara online melalui sistem ePrasekolah KPM di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/

Berikut adalah info lanjut tentang pendaftaran prasekolah melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apakah Prasekolah KPM?

Prasekolah KPM ialah program pendidikan awal kanak-kanak di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan perkembangan menyeluruh dari segi kognitif, emosi, sosial dan fizikal.

Antara kelebihan prasekolah KPM:

  • Yuran sangat minimum / percuma
  • Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  • Diselia guru terlatih di sekolah rendah kerajaan

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.

Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM

  • Borang permohonan
  • Semak dan kemas kini permohonan
  • Rayuan permohonan

2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA

  • Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif

3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH

  • Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM

4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN

  • Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan

Tarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2027

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2027 secara dalam talian dibuka mulai 2 Mac – 31 Mei 2026.

Sila rujuk carta alir proses kemasukan ke prasekolah KPM dalam rajah di bawah:

FASA 1: PERMOHONAN

Mac – Mei 2026

  • Isi borang online
  • Cetak & hantar dokumen ke sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja selepas borang diisi

FASA 2: PEMPROSESAN

April – Julai 2026

  • Sekolah membuat semakan permohonan
  • Pemilihan kemasukan murid melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan

FASA 3: KEPUTUSAN PENEMPATAN

Ogos – September 2026

  • Semakan keputusan
  • Rayuan
  • Pendaftaran

Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2027

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Berusia 4, 5 dan 5 tahun pada tahun 2027:
    • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 layak untuk memohon.

Kaedah Permohonan Prasekolah KPM 2026

Permohonan boleh dibuat SECARA DALAM TALIAN bermula 2 Mac – 31 Mei 2026 melalui laman sesawang rasmi ePrasekolah ( https://eprasekolah.moe.gov.my ).

Cara Pendaftaran / Permohonan Prasekolah KPM 2027

Permohonan dibuat melalui sistem rasmi KPM:

    Langkah-langkah Permohonan

    1. Layari portal rasmi ePrasekolah KPM : https://eprasekolah.moe.gov.my
    2. Daftar akaun ibu bapa / penjaga.
    3. Isi maklumat kanak-kanak dengan lengkap dalam borang.
    4. Hantar permohonan dan simpan slip pengesahan.
    5. Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.
    6. Serahkan borang cetakan beserta salinan dokumen sokongan ke sekolah yang dimohon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan online bagi tujuan semakan dan pengesahan sekolah. (WAJIB)

    Setelah borang dan dokumen dihantar ke sekolah, pihak sekolah akan membuat semakan dan mengadakan mesyuarat pemilihan murid berdasarkan Sistem Merit.

    Seterusnya pihak PPD/ JPN akan mengesahkan dan memperaku keputusan pemilihan pada akhir bulan Julai. Semakan keputusan penempatan akan dimaklumkan kepada ibu bapa pada tarikh yang akan ditetapkan sekitar bulan Ogos-September 2026.

    Senarai Semak Dokumen Sokongan Permohonan Prasekolah 2027

    Sila sediakan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan:

    1. Sijil Lahir Kanak-kanak / Sijil Anak Angkat
    2. Mykad Ibu Bapa / Penjaga
    3. Slip Gaji / Penyata Pendapatan / Pengesahan Pendapatan
    4. Bil Utiliti (Elektrik / Air /Telefon) Untuk pengesahan alamat
    5. Surat Nikah / Cerai (Jika berkaitan)
    6. Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (Jika berkaitan)
    7. Laporan Doktor / Kad OKU (Jika berkaitan)

    Tutorial Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM

    Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:

    1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

    Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 2 Mac 2026)

    permohonan prasekolah eprasekolah

    2. Daftar & Login

    Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.

    Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

    Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

    3. Lengkapkan Maklumat

    • Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
    • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
    • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
    • Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
    • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

    4. Kemaskini & Cetak

    Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya berserta dokumen yang berkaitan.

    NOTA:

    • Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
    • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
    • Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
    • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
    • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

    5. Hantar Dokumen Ke Sekolah

    Serahkan borang cetakan beserta salinan dokumen sokongan ke sekolah yang dimohon dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan online bagi tujuan semakan dan pengesahan sekolah. (WAJIB)

    SILA RUJUK MANUAL PENGGUNA EPRASEKOLAH KPM DALAM LAMPIRAN DI BAWAH:

    Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah KPM

    Semakan Keputusan penempatan prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia akan diumumkan mulai 5 Ogos 2026 dan Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah juga dibuka pada tarikh yang sama.

    Semakan dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my.

      Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.

      NOTA:

      Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

      • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
      • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
      • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
      • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
      • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

      Soalan Lazim Permohonan Prasekolah KPM 2027

      Berikut dikongsikan soalan lazim Kemasukan Murid ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Kalendar Akademik Tahun 2027:

      Bilakah permohonan kemasukan ke prasekolah KPM untuk tahun 2027 dibuka?

      Permohonan kemasukan secara dalam talian dibuka mulai 2 Mac – 31 Mei 2026.

      Bagaimanakah pemilihan murid prasekolah KPM dilaksanakan?

      Pemilihan murid prasekolah dilaksanakan oleh sekolah yang dimohon melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

      Kanak-kanak berumur berapakah yang boleh memohon untuk kemasukan tahun 2027?

      Permohonan adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort 4 tahun (3+), 5 tahun (4+) dan 6 tahun (5+) seperti berikut:
      i. berumur 6 tahun (5+) yang lahir antara 2 Januari 2021 hingga 1 Januari 2022.
      ii. berumur 5 tahun (4+) yang lahir antara 2 Januari 2022 hingga 1 Januari 2023; dan
      iii. berumur 4 tahun (3+) yang lahir antara 2 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023;

      Adakah ibu bapa/penjaga boleh membuat permohonan, sekiranya telah tamat tarikh tutup?

      Ya, ibu bapa/penjaga boleh berurusan terus di sekolah yang dimohon selepas tarikh tutup permohonan.

      Bagaimanakah cara untuk saya memohon secara online?

      Permohonan secara online boleh dibuat menerusi pautan https://eprasekolah.moe.gov.my.

      Apakah dokumen yang perlu disediakan?

      Dokumen yang diperlukan ialah:
      i. Dokumen sokongan yang asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut:
      a) Sijil kelahiran kanak-kanak/Sijil Anak Angkat
      b) MyKad ibu bapa/penjaga
      c) Slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa/penjaga
      d) Bil elektrik/bil air/bil telefon (alamat rumah)
      e) Surat Nikah / Surat Cerai
      f) Dokumen Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
      h) Pengesahan pendapatan (bagi yang tiada slip gaji)

      Adakah terdapat sebarang bayanag yuran dikenakan untuk belajar di prasekolah KPM?

      Tiada sebarang yuran dikenakan untuk belajar di prasekolah KPM.

      Siapakah yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut?

      Ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah, PPD atau JPN.

      Bilakah ibu bapa boleh mengetahui keputusan permohonan kemasukan ke prasekolah KPM?

      Semakan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2026 secara online di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my.

      Bagi permohonan yang tidak berjaya, adakah boleh membuat rayuan?

      Ya, rayuan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2026 di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my.

      Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut atau pihak PPD / JPN secara manual atau telefon

      ATAU

      Sila rujuk media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia

      Baca juga: Semakan Rayuan Sekolah Teknik (SMT) & Kolej Vokasional (KV)

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut