Advertisements

ePemula Shopee : Cara Tebus & Guna Kredit RM150 Melalui ShopeePay

Advertisements

Kerajaan memperkenalkan program ePemula iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Shopee, Grab, TNG dan BigPay.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

epemula shopee shopeepay

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang ePemula Shopee untuk yang ingin menebus dan menggunakan kredit ini melalui ShopeePay.

Apakah Inisiatif ePemula?

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022.

Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui ShopeePay serta penyedia perkhidmatan yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk bancar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran dan reward points (coins).

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Siapakah Yang Layak Menerima Kredit ePemula ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mencapai umur 18-20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004) ATAU
  3. Merupakan pelajar sepenuh masa TANPA HAD UMUR di peringkat setara Diploma SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar dengan salah satu Kementerian berikut:
    • Kementerian Pendidikan Tinggi
    • Kementerian Pendidikan
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
    • Kementerian Pembangunan Luar Bandar
    • Kementerian Sumber Manusia
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan

Cara Penebusan Kredit ePemula ShopeePay

Berikut adalah cara membuat penebusan bagi setiap rangkaian e-Wallet yang terlibat:

1. Cara Tebus ePemula ShopeePay

Buka aplikasi Shopee.

Jika anda telah mengaktifkan ShopeePay, anda akan mendapat paparan seperti di bawah.

Sila tekan ‘Claim ePemula RM150’.

Cara Penebusan:

  1. Aktifkan dan buat pengesahan akaun (verify) ShopeePay anda
  2. Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi anda
  3. RM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!
    • Penebusan bermula mulai jam 8 pagi, 11 April 2022
epemula shopee shopeepay

Apakah Yang Saya Boleh Buat Dengan Kredit ePemula Shopee?

Secara ringkasnya, anda boleh menggunakan kredit ini untuk mana-mana pembayaran kedai runcit luar talian yang menerima kaedah transaksi ShopeePay.

Secara lebih terperinci, anda boleh menggunakan kredit RM150 ShopeePay untuk sebarang pembayaran luar talian KECUALI YANG BERIKUT:

  1. pemindahan rakan ke rakan
  2. pengeluaran tunai
  3. pembayaran bil utiliti bersepadu aplikasi
  4. pembayaran bersepadu aplikasi yuran / Pembayaran berkaitan kerajaan
  5. pembayaran bersepadu bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan bil prabayar
  6. pembelian games di aplikasi
  7. pembayaran parking
  8. aktiviti berkaitan pelaburan
  9. e-dagang atau transaksi dalam talian
Sumber: FAQ ShopeePay ePemula

Apakah Baucar Tambahan ePemula Yang Shopee Tawarkan?

ShopeePay akan menawarkan tambahan baucar RM500 ShopeePay, ShopeeFood dan ShopeeMall untuk semua pemohon ePemula yang layak.

Baucar tambahan ini akan dikreditkan kepada anda secara langsung dalam tempoh 1 hari selepas pemohon ePemula berjaya.

Tarikh Permohonan ePemula Shopee 2022

Program ePemula ini akan bermula pada 11 April 2022.

Tempoh Penebusan Kredit ePemula

Proses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Senarai Rakan Jenama Yang Menerima Bayaran Dengan ShopeePay

Tak boleh shopping online, jadi macam mana nak belanjakan ePemula ni?

Anda boleh menggunakan ewallet ShopeePay di kedai-kedai yang tersenarai seperti di bawah:

Baca juga: ePemula: Cara Tebus RM150 Kredit ShopeePay, GrabPay, TNG & BigPay

Maklumat Lanjut

Sila rujuk Soalan Lazim ePemula ShopeePay di bawah:

Bilakah Saya Boleh Memohon Kredit RM150 ePemula?

Pemohon yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula sekali sahaja, bermula 11 April 2022 (mulai jam 8.00 pagi) hingga 1 Jun 2022 (11.59 malam).

Bilakah Kredit ePemula Akan Tamat Tempoh?

Setelah dituntut, kredit ePemula ShopeePay mesti digunakan sebelum 10 Jun 2022 (11.59 malam).
Jika tidak dituntut sebelum tarikh berkenaan, sebarang kredit ePemula yang tidak digunakan akan dialih keluar secara automatik oleh ShopeePay.

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2021, adakah saya layak untuk program ini?

Tidak. Warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini kecuali memenuhi syarat sebagai pelajar IPT sepenuh masa.

Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak?

Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 31 Januari 2022 adalah layak untuk ePemula Shopee.

Saya merupakan pelajar sepenuh masa di IPT berdaftar dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?

Pelajar sepenuh masa di IPTberdaftar yang bakal atau telah menamatkan pengajian pada tahun kalendar 2022 masih layak menerima kredit ePemula.

Mengapa permohonan kredit ePemula Shopee saya lambat diluluskan?

Semasa tempoh penyerahan tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit ePemula anda.

Anda boleh menghubungi [email protected] untuk penjelasan lanjut.

Anda mungkin memerlukan maklumat tambahan tertentu untuk pengesahan,

Maklumat lanjut: https://shopee.com.my/m/shopee-epemula-frequently-asked-questions

Baca juga: PerantiSiswa 2022: Cara Permohonan Peranti Percuma Untuk Pelajar IPT

Leave a Comment