eMunakahat Penang : Permohonan & Borang Nikah Online

eMunakahat Penang merupakan sebuah web aplikasi Nikah, Cerai Ruju’ Pulau PInang secara dalam talian.

Secara ringkasnya, web aplikasi eMunakahat Penang ini disediakan bagi memenuhi tuntunan awam yang mahukan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien dengan penggunaan teknologi maklumat yang sangat meluas digunakan era ini.

Artikel berkaitan: SPPIM: Cara Daftar Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin Islam Di Malaysia

Kemudahan Yang Disediakan Di Portal eMunakahat Penang

Aplikasi ini menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan ruju’ yang merupakan perkhidmatan utama bagi mana-mana jabatan agama seluruh Malaysia secara atas talian. 

Antara perkhidmatan yang boleh dilakukan secara atas talian ialah:

  1. Permohoan kursus praperkahwinan
  2. Permohonan berkahwin
  3. Permohonan pendaftaran perceraian
  4. Semakan status permohonan sijil nikah, cerai dan ruju’.

Artikel berkaitan: e-Syariah: Semak Status Perkahwinan dan Perceraian Secara Online

Prosedur Permohonan Nikah

PERATURAN AM

  1. Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan perlu mendapatkan Surat Rujukan dari Pejabat Agama Daerah untuk mendapatkan proses kebenaran daripada Mahkamah Syariah.
  2. Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
  3. Pemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini
  4. Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti senarai semak permohonan kebenaran berkahwin (mengikut situasi pemohon).

Permohonan Kursus Praperkahwinan

Bagi pengguna web ini yang ingin membuat permohonan kursus praperkahwinan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman eMunakahat Penang d alamat http://emunakahat.penang.gov.my/
  2. Klik “Permohonan” pada bahagian menu
  3. Klik butang “Permohonan Dibuka”
  4. Popup akan muncul
  5. Pilih penganjur program PraPerkahwinan daripada senarai yang dipaparkan
  6. Klik butang “Paparkan”
  7. Klik butang “Pilih” pada tarikh yang masih Available
  8. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan lengkapkan segala butiran sehingga permohonan anda selesai

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan sekretariat di bawah:

Pejabat Agama DaerahTelefonHotline
Barat Daya04-8668525011-3777363
Timur Laut04-2612979011-11442317
Seberang Perai Tengah04-5386451019-4162611
Seberang Perai Utara (Butterworth)04-3511521019-4150612
Seberang Perai Utara (Kepala Batas)04-5751182011-55347577
Seberang Perai Selatan04-5821001013-9243767
JHEAIPP (Unit Pembangunan Keluarga – Kursus Pra)04-2637200

Permohonan Kad Nikah

Kad nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan surat perakuan nikah di Pulau Pinang.

Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Buat masa ini permohonan untuk mendapatkan kad nikah ini tidak boleh dilakukan melalui web eMunakahat Penang.

Walau bagaimanapun, anda boleh memuat turun borang permohonan kad nikah melalui web eMunakahat di pautan berikut:

http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=kadnikah#tab_muatturun

emunakahat penang

Borang Nikah Online eMunakahat Penang

Permohonan berkahwin di Pulau Pinang juga boleh dilakukan secara online melalui web eMunakahat Penang.

Permohonan hanya akan diproses selepas dokumen sokongan dilengkapkan.  

Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 14 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.

Pemohon (lelaki/perempuan) yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin tetap di Pulau Pinang melebihi 4 bulan layak untuk memohon Kebenaran Berkahwin menerusi aplikasi ini.

Untuk permohonan kahwin, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari web eMunakahat Penang
  2. Klik pada “Perkahwinan” pada bahagian menu
  3. Klik pada tab “Permohonan Berkahwin” atau klik pada pautan http://emunakahat.penang.gov.my/v2/index.php?tab=perkahwinan#tab_permohonan
  4. Klik pada butang “Mohon Sekarang” dan lengkapkan butiran diri anda dan pasangan anda serta muatnaik segala dokumen sokongan yang diminta

Daripada semasa ke semasa, anda juga boleh menyemak status permohonan kebenaran berkahwin anda

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!