eMadani Shopee – Cara Tebus & Senarai Kedai Fizikal ShopeePay

eMADANI sudah tiba, dan Shopee / ShopeePay adalah salah satu e-Dompet rasminya. Tapi, tahukah anda cara nak tebus dan mana nak pergi kalau kena beli di kedai fizikal yang terima pembayaran melalui ShopeePay?

Tuntutan akan dibuka mulai 4 Disember 2023 ini, jadi jangan lupa claim ya – nanti melepas, rugi!

Jom kita ketahui lebih lanjut tentang eWallet Madani ini dan bagaimana cara nak sahkan (verify) akaun Shopee untuk berbelanja di kedai fizikal yang menerima pembayaran menggunakan ShopeePay.

emadani shopee

Pengenalan eMadani

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

4 penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini adalah :

  1. MAE Maybank
  2. Setel Petronas
  3. ShopeePay
  4. Touch n Go eWallet

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM100,000 setahun
  3. Bukan penerima eBeliaRahmah 2023
  4. Belum menebus eMadani melalui mana-mana platform eWallet lain
  5. Telah membuat pengesahan kad pengenalan

Tempoh Penebusan eMadani

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024

emadani shopee

Cara Tuntutan & Penebusan eMadani Shopee / ShopeePay

Pengguna perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Lihat cara pengesahan akaun dan muat turun Shopee untuk tuntut eMADANI melalui infografik berikut:

CARA TEBUS EMADANI RM100 ANDA

CARA PENGAKTIFAN AKAUN SHOPEEPAY

emadani shopee shopeepay

CARA PENGESAHAN AKAUN SHOPEEPAY (VERIFY)

Cara Bayar Guna ShopeePay eMadani

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.

CARA PEMBAYARAN SECARA FIZIKAL GUNA SHOPEEPAY EMADANI:

LANGKAH 1 : Buka aplikasi Shopee dan pergi ke simbol dalam gambar di bawah:

emadani shopee kedai shopeepay

Kalau duit eMadani dah masuk, baki akan jadi RM100.00 ya. Yang ni saya dah guna sikit, jadi tinggal RM38.89 saja.

LANGKAH 2 : Bila dah tekan ikon scan tu, akan keluar paparan macam di bawah ni.

Tekan butang ‘Show QR Code/ Barcode’ (tengok butang dalam anak panah merah).

emadani shopee kedai shopeepay

LANGKAH 3 : Tunjuk phone untuk scan QR code yang keluar pada phone kita.

Orang dekat kaunter kedai tu akan minta kita punya QR code untuk dia scan.

emadani shopee kedai shopeepay

Lepas dah scan, kita akan nampak baki RM100 tu dah ditolak dengan jumlah yang kita beli.

Kalau masih ada baki, boleh guna lagi sampai 29 Februari 2024 ni.

Mudah kan?

Jangan tak claim tau, rugi!

Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit eMADANI?

Anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  1. Pemindahan ‘peertopeer’;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  6. Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan 
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
kedai shopeepay
Kedai Eco adalah contoh salah satu kedai yang menerima pembayaran melalui ShopeePay

Berikut adalah senarai kedai fizikal yang menerima ShopeePay eMadani sebagai salah satu kaedah pembayaran

kedai fizikal shopeepay
kedai fizikal shopeepay

Anda juga boleh membeli pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah Kasih Sayang di Shopee.

Sumber : https://shopee.com.my/

Baca juga:

Maklumat Lanjut eMadani Shopee

Untuk info lanjut, sila rujuk Soalan Lazim eMadani (FAQ) di SINI.

ATAU

Sila ikuti saluran rasmi Shopee:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!