eMadani MAE : Cara Daftar & Tebus e-Dompet RM100

Berita baik! Kerajaan telah mengumumkan eMadani, kredit e-Dompet bernilai RM100 untuk rakyat Malaysia yang boleh ditebus melalui 4 pengelola eWallet iaitu ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank.

Adakah anda telah bersedia untuk tebus RM100 eMADANI anda?

Mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, tebus melalui aplikasi yang dinyatakan di atas dan gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang cara penebusan dan tawaran yang disediakan oleh eMadani MAE.

Pengenalan

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Tempoh Penebusan

Anda boleh mula menuntut eMADANI RM100 bermula 4 Disember 2024 pada jam 8:00 pagi sehingga 20 Februari 2024 pada jam 11:59 malam.

Manakala proses pembelian dan pembayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian*.

*Rujuk senarai kedai fizikal MAE di bawah

Cara Penebusan eMadani MAE

Ikuti langkah berikut untuk menuntut RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:

  • Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE
  • Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama
  • Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
  • Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!
  • Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE.

Belum mempunyai akaun Maybank atau e-Wallet MAE? Mohon e-Wallet MAE melalui aplikasi MAE untuk menuntut eMADANI anda hari ini.
Rujuk : Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u Tanpa Perlu Ada Akaun Maybank

LANGKAH DEMI LANGKAH : TUTORIAL TEBUS EMADANI RM100 MAE

LANGKAH 1 : Log masuk ke Apps MAE Maybank klik pada logo eMADANI

LANGKAH 2 : Klik ‘Setuju’

LANGKAH 3 : Klik setuju syarat yang telah ditetapkan

LANGKAH 4 :  Isi maklumat anda nama, alamat dan sebagainya

Dah siap isi semuanya, tekan butang ‘Hantar’.

LANGKAH 5 : Tunggu proses pengesahan dan sekiranya LULUS, eWallet RM100 eMadani akan dikreditkan kepada anda!

Sumber perkongsian oleh Mohd Kamal di Facebook.

Cara Pembelian Menggunakan Kredit e-Dompet RM100 eMadani MAE

Kredit RM100 eMADANI ini hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran kod QR fizikal di mana-mana peniaga di seluruh negara, termasuk peniaga kod QR DuitNow bank yang mengambil bahagian & eDompet.

Terdapat dua kaedah pembayaran untuk menggunakan eMADANI RM100 semasa pembayaran melalui aplikasi MAE.

Anda boleh mengimbas kod QR di kedai atau menunjukkan kod QR anda kepada juruwang untuk diimbas melalui Imbas & Bayar.

Untuk makluman, kredit e-dompet RM100 eMADANI TIDAK BOLEH digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Pengeluaran tunai
  • Pembayaran bil utiliti bersepadu apl
  • Pembayaran yuran/pembayaran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi
  • Pembayaran bersepadu aplikasi bagi bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan prabayar
  • Pembelian permainan bersepadu aplikasi
  • Bayaran letak kereta dan/atau bayaran tol bersepadu aplikasi
  • Aktiviti berkaitan pelaburan bersepadu aplikasi
  • Urus niaga QR rentas sempadan

LANGKAH AKTIFKAN EWALLET EMADANI MAE & SEMAK BAKI

Bagi yang telah menebus eWallet MAE, anda perlu semak dahulu sama ada baki eWallet anda telah menerima kredit RM100 yang ditebus.

Ini kerana, ada pengguna yang mengatakan bahawa mereka scan ketika bayar, tetapi bayaran ditolak terus daripada akaun bank.

Jadi, pastikan anda semak setting berikut:

LANGKAH 1 : Tekan butang ‘Scan’ pada bahagian bawah paparan

LANGKAH 2 : Tekan butang ‘Show QR Code’

emadani mae scan qr code

LANGKAH 3 : Enable butang eMadani untuk memastikan duit ditolak daripada eWallet MAE. Kalau butang tu dah hijau dan tertera baki RM100.00, maksudnya dah bolehlah guna!

emadani mae cara check baki

LANGKAH 4 : Jika perlu, adjust limit pembayaran anda sebab mungkin ada yang terletak limit RM10 / RM50. Jadi tak dapat nak belanja sampai RM100 eMadani tu.

emadani mae cara scan

SELESAI! Lepas dah scan dekat merchant / kaunter kedai tu, bolehlah semak baki anda yang telah dibelanjakan.

Kredit RM100 ni perlu dihabiskan sebelum 29 Februari 2024 ya. Kalau tak pakai, kredit tu akan luput dan habis macam tu je.

emadani mae

Jom share supaya semua yang claim dengan MAE dapat manfaatkan eWallet ni sama-sama. Dapat juga bantu mudahkan warga emas atau ibu ayah kita yang mungkin tak berapa reti nak guna eWallet ni.

Di Manakah Kedai Fizikal Yang Boleh Menerima Pembayaran eMadani MAE?

Anda boleh menggunakan eMADANI RM100 anda untuk membuat pembayaran di semua peniaga tempatan yang menerima bayaran melalui kod DuitNow QR (boleh dikenal pasti dengan kod QR merah jambu).

emadani mae

Terdapat banyak kedai yang menerima pembayaran MAE di seluruh negara – antaranya Mr DIY, 99 Speedmart, Mydin, Hari-hari dan McD.

Anda juga boleh menyemak senarai peniaga/cawangan yang menerima Scan & Pay melalui laman web Maybank2u, di bawah ‘Digital Products & Services’ → ‘Scan & Pay merchants’.

Sumber: Soalan Lazim eMadani MAE (PDF) : https://www.maybank2u.com.my/

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana untuk menyemak baki eMADANI saya

Lancarkan aplikasi MAE dan tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’ untuk ke papan pemuka eMADANI. Anda akan dapat melihat baki anda serta rekod transaksi eMADANI anda.
Berikut ialah cara lain untuk mengakses papan pemuka eMADANI:
1. Tekan pada gambar iklan eMADANI pada laman utama MAE; ATAU
2. Tekan pada butang ‘View All’ di bahagian ‘Quick Actions’, kemudian tekan pada ikon eMADANI

Apakah langkah-langkah yang diperlukan untuk menuntut eMADANI RM100 melalui aplikasi MAE?

Lancarkan aplikasi MAE dan ikuti langkah di bawah:
1. Di laman utama MAE, tekan pada gambar iklan eMADANI atau tekan pada ikon eMADANI di bahagian ‘Quick Actions’
2. Semak kelayakan anda untuk eMADANI dan tekan ‘Claim Now’
3. Berikan kebenaran untuk berkongsi nombor KP dan nama penuh anda kepada pihak ketiga yang dibenarkan. Maklumat anda hanya akan digunakan untuk tujuan berkaitan eMADANI
4. Masukkan kata laluan Maybank2u untuk pengesahan
5. Anda akan dibawa ke laman web eMADANI. Isi maklumat anda di dalam borang tuntutan di halaman tersebut dan hantar
6. Selesai! Anda akan dibawa kembali ke laman utama MAE. Status tuntutan anda akan dimaklumkan menerusi pemberitahuan segera (push notification) di aplikasi MAE

Mengapa tuntutan eMADANI RM100 saya tidak berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntuan anda tidak berjaya:
1. Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
2. Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
3. Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
4. Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
5. Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
6. Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda.
Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

Apakah yang boleh digunakan dengan eMADANI RM100 ?

Anda boleh menggunakan eMADANI RM100 anda untuk membuat pembayaran di semua peniaga tempatan yang menerima bayaran melalui kod DuitNow QR (boleh dikenal pasti dengan kod QR merah jambu).
Anda juga boleh menyemak senarai peniaga/cawangan yang menerima Scan & Pay melalui laman web Maybank2u, di bawah ‘Digital Products & Services’ → ‘Scan & Pay merchants’.

Apa yang akan berlaku jika jumlah transaksi saya melebihi baki eMADANI saya yang tersedia?

Jika baki eMADANI anda tidak mencukupi untuk transaksi tersebut, anda perlu menutup suis togol (toggle off) eMADANI pada skrin pengesahan sewaktu membuat bayaran anda, kemudian bayar menggunakan akaun simpanan/semasa/e-Wallet MAE anda. Sila pastikan akaun pilihan anda mempunyai baki yang mencukupi.

Terdapat perniagaan/peruncit fizikal yang tidak mempunyai kod QR Maybank sebagai kaedah pembayaran. Bagaimana cara saya membuat pembayaran?

Jika peniaga/pedagang tidak mempunyai sebarang kod QR Maybank tetapi mempunyai kod QR DuitNow yang berwarna merah jambu, anda masih boleh membuat pembayaran kepada mereka. Anda juga boleh membayar kepada peniaga yang masih menggunakan kod QR Maybank seperti biasa.

Bolehkah saya memindahkan eMADANI RM100 saya ke akaun simpanan/semasa atau mengeluarkannya sebagai wang tunai?

Tidak, anda tidak dibenarkan untuk memindahkan baki eMADANI anda ke akaun simpanan/semasa atau mengeluarkannya sebagai wang tunai. eMADANI RM100 bertujuan untuk digunakan dalam platform ‘e-Wallet’ untuk pembelian luar talian dan tidak boleh dipindah milik atau dikeluarkan sebagai wang tunai.

Baca juga:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim eMadani (FAQ) di SINI.

Sila ikuti saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!