EGTUKAR SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PERTUKARAN GURU BAGITAHUN
Dimaklumkan bahawa permohonan dan semakan status eGTukar kini boleh dibuat secara online.
Berikut adalah maklumat terkini tentang eGTukar KPM dan cara membuat permohanan.

Tarikh Permohonan
Permohonan pertukaran yang terkini dibuka sepanjang tahun, tetapi prosesnya adalah empat kali setahun.
Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.
Syarat Permohonan Pertukaran Guru
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
- KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN
Berikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Cara Permohonan eGTukar Online
Permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGtukar.
Pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal
Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
Sila layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my untuk permohonan.
Baca juga: SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)
Cara Login eGTukar KPM & Semakan Pertukaran
Berikut adalah langkah login eGTukar dan cara permohonan pertukaran guru.
Berikut adalah cara dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:
- Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/
- Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan
- Klik OK
- Anda kini dalam sistem eGTukar
- Klik PERMOHONAN
- Lengkapkan maklumat permohonan
- Sila muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar
- Save/Simpan salinan permohonan anda
- Cetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
- Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan
*Jika terlupa kata laluan, sila klik butang ‘Lupa kata laluan egtukar’ semasa login atau terus ke pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
NOTA: PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT GURU DIKEMASKINI MELALUI MODUL PENGURUSAN GURU E-OPERASI DAN DISAHKAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH TEKNIKAL.
Baca juga: eOperasi KPM: Kemaskini Maklumat Guru & Semakan Status Online
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/.
Jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:
- Pejabat Pendidikan Daerah
- Permohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
- Jabatan Pendidikan Negeri
- Permohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
- – Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
- BPLTV
- Permohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional
- BPI
- Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.
- BPSBP
- Permohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh
- BPKHAS
- Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
- BSKK
- Permohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.
Rujuk SOALAN LAZIM untuk maklumat lanjut.




