eOperasi KPM: Semakan & Kemaskini (eoperasi.moe.gov.my)

PENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT e-OPERASI SESI 2023/2024

Semua Pengguna e-OPERASI di Sekolah (Guru dan AKP) di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membuat semakan dan pengemaskinian bermula 5 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2023 dengan menggunakan ID Pengguna masing-masing seperti yang telah dinyatakan pada Surat Siaran PENETAPAN PROSEDUR PENGEMASKINIAN DAN VERIFIKASI DATA GURU DALAM MODUL PENGURUSAN GURU (e-OPERASI) BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 bertarikh 12 Januari 2023.

Pengguna perlu membuat semakan bagi semua maklumat dan mengesahkan bahawa semua maklumat adalah sahih, tepat dan terkini. Selepas membuat semakan, pengguna perlu menandakan (√) di bahagian pengesahan maklumat. Sebarang pengemaskinian maklumat perlu merujuk kepada Penolong Kanan beserta dokumen sokongan yang berkaitan.

Penolong Kanan dan Pengetua / Guru Besar / Ketua Jabatan perlu memastikan semua guru dan AKP telah membuat semakan maklumat dan mengesahkan mengikut capaian Pentadbir.

Admin di Bahagian, JPN dan PPD perlu memastikan sekolah-sekolah di bawah kawalan melaksanakan pengesahan maklumat dan seterusnya menjalankan proses verifikasi bagi data berakhir  31 Januari 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem eOperasi KPM.

Apakah e-Operasi KPM?

Sistem eOperasi adalah sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Ia bertujuan bagi memudahkan tugas perguruan secara online.

Antara maklumat yang boleh diterima dan dikongsikan dalam sistem ini termasuklah tugasan kemaskini data, semakan status mereka apabila melakukan pertukaran lokasi dan tempat (semakan penempatan guru) melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain lagi.

Kemaskini Maklumat e-Operasi Modul Pengurusan Guru KPM

Berikut dikongsikan cara login eOperasi, membuat kemaskini maklumat serta semakan penempatan guru secara online melalui sistem ini.

Login eOperasi KPM & Pendaftaran Pengguna

Berikut adalah cara mendaftar dan login eOperasi KPM.

  1. Layari laman web rasmi e-Operasi di halaman https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.
  3. Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.
  4. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
  5. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
  6. Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
  7. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
  8. Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.

Nota: Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

Kemaskini Maklumat Guru

Antara maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini adalah seperti berikut:

i. Maklumat Staf

  • maklumat pasangan
  • maklumat subjek ajar
  • maklumat akademik
  • maklumat ikhtisas
  • maklumat sejarah perkhidmatan
  • maklumat peribadi
  • maklumat perkhidmatan
  • maklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru

ii. Maklumat Enrolmen

  • enrolmen ikut kelas
  • enrolmen ikut subjek
  • enrolmen ikut elektif

iii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan

  • Permohonan
  • Semakan
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan

iv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pengisian opsyen
  • kurang / lebih mengikut opsyen

v. Instrumen

  • Penilaian program orientasi guru baru
  • Penilaian seminar

vi. Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Subjek Elektif
  • MPV
  • PAV

Selain mengemaskini maklumat ini, pelbagai update terkini juga boleh diketahui dengan mudah melalui ruang pengumuman di laman utama laman web ini.

Manual Pengguna

Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna.

Anda boleh memuat turun manual pengguna melalui pautan ini: https://eoperasi.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut / Pertanyaan

Pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui nombor telefon yang tertera pada butang ‘Bantuan’.

Jika masih terdapat sebarang persoalan atau masalah sepanjang menggunakan sistem eOperasi online ini, pengguna juga boleh terus menghubungi pihak yang terlibat melalui email berikut: [email protected]

Guru-guru boleh login SPKPM bagi memudahkan urusan harian anda.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!