Advertisements

SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

Advertisements

Berikut dikongsikan panduan bergambar bagaimana untuk mengisi pembelajaran kendiri dalam sistem pengurusan latihan Kementerian Pendidikan iaitu SPLKPM 2021.

SPLKPM atau Sistem Pengurusan Latihan KPM merupakan portal yang dibangunkan khas oleh KPM bagi mengakses Sistem Pengurusan Latihan Guru atau SPLG.

Ianya sedikit berbeza berbanding sistem eOperasi di mana sistem ini lebih memfokuskan latihan dan modul individu yang diterima guru sama ada kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, portal e-guru, perkongsian ilmu serta penulisan dan penerbitan.

Panduan Cara Login SPLKPM

Langkah 1

Akses log masuk portal SPLKPM melalui https://splkpm.moe.gov.my/

login splkpm

Langkah 2

Pilih login SPLKPM Modul Individu

Langkah 3

Masukkan ID (no kad pengenalan) dan password

Anda terlupa kata laluan?

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Lupa Kata Laluan” untuk set semula password.

Sila tukar kata laluan yang senang ingat atau catit di dalam telefon.

Langkah 4

Pilih “Pembelajaran Kendiri” pada menu sebelah kiri. Kemudian pilih “Senarai Pembelajaran Kendiri”.

Langkah 5

Tutup menu dan pilih “e-Pembelajaran”

Boleh juga klik Pembelajaran Kendiri sekiranya berkenaan di dalam sistem SPLKPM.

Langkah 6

Pilih “Tambah Aktiviti” SPLKPM

Untuk tambah aktiviti, sila klik tambah aktiviti dan masukkan perkara yang berkenaan.

Langkah 7

Lengkapkan butiran dan simpan.

Bantuan Penyelaras Negeri

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah ketika login / mengisi maklumat,sila hubungi penyelaras SPLKPM negeri masing-masing.

Untuk senarai penyelaras termasuk nombor telefon bantuan, anda boleh rujuk di sini.

Manual Pengguna SPLKPM Modul Individu

Terdapat pelbagai rujukan manual pengguna dan senarai kursus yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Untuk senarai penuh, anda boleh rujuk manual pengguna SPLKPM di sini.

Modul Individu SPLG

Modul idividu SPLKPM dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.

LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.

Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM. Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.

Semua Individu juga diminta menjawab training needs analysis TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.

Modul SULDP / Penyelaras

Modul ini dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing. 

Maklumat asas  Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.

SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.

Leave a Comment