E-SMANJ : Semakan Permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2026
Mereka yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 di SMA Negeri Johor bagi tahun 2026 boleh membuat semakan permohonan mulai 15 Oktober 2025.
Rujuk maklumat penuh mengenai semakan permohonan ini.
Pengenalan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)
SMANJ merangkumi sekolah seperti Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Maahad Johor Lil Banat (MJLB), SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ), Maahad Pontian (MP), SMA Parit Raja (SMAPR) dan SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG).
SEKOLAH-SEKOLAH YANG DITAWARKAN
Rujuk senarai setiap sekolah dengan lebih terperinci di sini:
1) Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
- Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
- Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
- Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM
- Khas untuk murid lelaki sahaja
2) Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
- Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
- Khas untuk murid lelaki sahaja
3) Maahad Johor Lil Banat (MJLB)
072232710 / 32
- Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama
- Turut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
- Merupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja
4) SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
077715482
- Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
- Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
5) Maahad Pontian (MP)
076874470
- Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
- Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
6) SMA Parit Raja Batu Pahat (SMAPR)
074545710
- Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
- Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
7) SMA Bugisiah Tampok Pontian (SMABG)
074241901
- Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
- Menawarkan hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
- Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan ke sekolah ini bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
- Permohonan adalah secara dalam talian.
- Hanya calon yang melepasi saringan awal akan menghadiri ujian kelayakan.
Cara Permohonan
Cara permohonan dibuat mestilah mengikuti perkara-perkara berikut:
- Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang https://esmanj.bpijainj.my/.
- Calon perlu merujuk kepada manual pengguna https://esmanj.bpijainj.my/uploads/documents/manual%20pengguna.pdf sebelum membuat permohonan secara dalam talian
- Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ.
- Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing
Tarikh Penting
Sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting sepanjang proses permohonan:

Ujian Kelayakan SMANJ
Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN di tempat yang akan ditetapkan.
Sila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting sepanjang tempoh permohonan.
MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;
1. Ujian Bertulis
- Dijalankan selama 1 jam 15 minit
- Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.
3. Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.
Semakan Keputusan
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR SESI 2026
Semakan keputusan permohonan Tingkatan 1 ini boleh dibuat menerusi pautan https://esmanj.bpijainj.my.

Untuk pertanyaan lanjut sila emel ke Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, BPIJAINJ : [email protected]
Soalan Lazim
Sebanyak 6 sekolah ditawarkan iaitu:
– Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
– Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ)
– SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
– Sekolah Maahad Pontian (SMP)
– SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
– SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)
Calon mestilah lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
Semakan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://esmanj.bpijainj.my/.
Calon boleh membuat semakan permohonan pada 15 Oktober 2025.
Maklumat Lanjut SMANJ
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://esmanj.bpijainj.my atau layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Baca juga: eSPAJ – Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor




