DPP UKM 2025 : Diploma Pendidikan Pascasiswazah UKM [September]

dpp ukm 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH (DPP) UKM AMBILAN SEPTEMBER 2025 UNTUK ANDA!!

Guru merupakan kerjaya profesional yang memerlukan kemahiran dan ilmu pedagogi yang tinggi. Justeru, di Malaysia, sebelum seseorang calon diserap masuk ke jawatan tetap perguruan, beliau perlu mempunyai diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan.

Sekiranya anda seorang graduan ijazah pertama yang berminat menjadi seorang guru tetapi tidak mempunyai kelayakan ikhtisas tersebut, anda masih berpeluang dilantik sebagai guru sekolah dengan mengikuti program DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH UKM MOD CUTI SEKOLAH.

Baca juga:

Apakah 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 (𝗗𝗣𝗣) (dahulunya dikenali sebagai 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗝𝗔𝗭𝗔𝗛 / DPLI)?

Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPP) Mod Cuti Sekolah atau sebelum ini dikenali sebagai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah.

Nama Program ini secara rasmi telah ditukar kepada Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP), selaras dengan saranan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Perubahan ini hanya pada nama sahaja dan tidak menjejaskan struktur pengajian atau kandungan program.

Antara keistimewaan program ini, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM (Mod Cuti Sekolah) dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial.

Kesinambungan itu, KSBB memulakan projek rintis dengan menawarkan program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM (Mod Cuti Sekolah) dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

KELEBIHAN PROGRAM DPP UKM

Berikut merupakan beberapa kelebihan atau manfaat yang akan anda peroleh jika anda menyertai program ini:

  1. Yuran Pengajian berpatutan
  2. Dijalankan semasa cuti persekolahan
  3. Jangkamasa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan)
  4. Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi
  5. Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Info Ringkas Pengajian

Berikut merupakan struktur pengajian DPP UKM mengikut pembahagian jam dan jumlah kredit untuk pengetahuan anda:

dpp ukm 2025

  • Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
  • Tiada had umur permohonan.  

Struktur: Kerja Kursus & Praktikum (Rujuk Jadual Kursus Mengikut Semester)

Lokasi Pengajian DPP UKM 2025

  • Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan
  • Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak
  • UCSF Kota Kinabalu, Sabah

*NOTA PENTING: Kampus utama untuk kelas bersemuka adalah di UKM Bangi, Selangor. Bagi lokasi lain, kelas bersemuka hanya akan dibuka berdasarkan bilangan pelajar di kawasan tersebut. Jika bilangan pelajar tidak mencukupi, kelas hanya akan dijalankan di kampus UKM Bangi, Selangor. 

Yuran Pengajian

YURAN PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH UKM  MOD CUTI SEKOLAH ADALAH SEBANYAK RM 10,200.

  • SEMESTER 1 (RM 3500)
  • SEMESTER 2 (RM 3500)
  • SEMESTER 3 (RM 3200)

Tarikh Ambilan DPP UKM 2025 [September]

Permohonan DPP UKM Mod Cuti Sekolah terbaru untuk Ambilan September 2025 kini dibuka.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2025.

dpp ukm 2025
dpp ukm 2025

Cara Permohonan DPP UKM 2025

Untuk membuat permohonan Ambilan September 2025, sila layari pautan berikut untuk mengisi borang online : https://koperasisiswazah.onpay.my/prospect/form/permohonandpp_september2025 dan lakukan kesemua langkah yang disenaraikan di dalam rajah di bawah:

dpp ukm

Maklumat lanjut : koperasisiswazah

TINDAKAN PEMOHON BAGI PERMOHONAN PROGRAM DPP UKM AMBILAN SEPTEMBER 2025

Berikut disertakan tindakan yang perlu dilakukan oleh pemohon bagi ambilan September 2025.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, jangan lupa untuk klik “like” pada laman Facebook Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah dan sertai juga group Telegram Channel Umum DPP UKM untuk memudahkan interaksi antara urusetia program dan bakal pelajar.

Sebarang pertanyaan berkaitan Program DPP UKM (Mod Cuti Sekolah) Ambilan September 2025, sila hubungi:

  • Cik Zuhayra: 011-60809134 
  • Cik Shahida: 011-33291320
  • Encik Rafi: 011-20510062
  • Puan Nabilah : 011-28032115

Jom sertai Program DPP UKM ini untuk memulakan langkah pertama anda ke alam kerjaya perguruan demi mendidik anak-anak bangsa akan datang.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut