Advertisements

Dos Penggalak COVID-19 Kini Diperluas Untuk 40 Tahun Ke Atas – KJ

Advertisements

Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 akan diperluaskan kepada individu berusia 40 tahun ke atas mulai 10 November 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, orang ramai akan menerima janji temu melalui MySejahtera bagi mendapatkan suntikan berkenaan.

“Sekarang ini kita dah mula program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Booster atau dos penggalak kepada penduduk di Malaysia.

“Mereka yang layak ialah berusia 40 tahun dan ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi.

“Mereka menerima janji temu melalui MySejahtera,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter.

Khairy turut menggesa orang ramai yang sudah menerima janji temu menerusi MySejahtera untuk hadir pada tarikh dan masa ditetapkan.

“Apabila terima janji temu melalui MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda. Ini akan meningkatkan perlindungan kita terhadap COVID-19,” katanya.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Program pemberian dos penggalak yang bermula 13 Oktober lalu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap imunisasi yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas mendapat dos lengkap dan bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19.

Baca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Mengapa Perlu Dos Penggalak Vaksin COVID-19?

Seperti yang dimaklumkan oleh KKM, dos penggalak atau booster dose ini bertujuan memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan COVID-19.

Penerima dos ketiga meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan termasuk pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan serta individu dengan komorbid.

Jika anda menerima temujanji dos penggalak melalui MySejahtera, sila lakukan persediaan berikut:

  1. Tidur secukupnya
  2. Mengambil sarapan / makan tengahari sebelum ke pusat pemberian vaksin
  3. Sihat dan tiada gejala pada hari vaksinasi
  4. Memakai pakaian yang sesuai dan sopan
  5. Pakai pelitup muka
  6. Membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri
  7. Bawa kad vaksinasi sebagai bukti anda telah menapat dos lengkap

Perbezaan Dos Tambahan & Booster Dose

Tahukah anda, terdapat perbezaan antara dos tambahan dan dos penggalak (booster dose).

Dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala booster dose pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.

dos penggalak

Baca juga: Kesilapan Teknikal Status MySejahtera Merah (HSO) / Kuning (PUS). Ini Apa Perlu Buat

(Sumber: Berita Harian, JKJAV, KKM)

Leave a Comment