Kesilapan Teknikal Status MySejahtera Merah (HSO) / Kuning (PUS). Ini Apa Perlu Buat

Dimaklumkan bahawa pada awal pagi hari ini 7 November 2021, terdapat pengguna MySejahtera yang telah ditukarkan ke status Person Under Surveillance (PUS) dan diberikan digital Home Surveillance Order (HSO) secara rawak.

Pasukan MySejahtera telah membuat tindakan pembetulan ke atas perkara ini.

Bagi mereka yang terkesan, sila refresh status anda di halaman check-in atau profile.

Team MySejahtera memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Mysejahtera status

Cara Atasi Masalah Kesilapan Teknikal status MySejahtera

Jika status MySejahtera anda dikategorikan sebagai PUS (kuning) tetapi tiada simptom dan tidak bergejala, tiada kontak rapat dan tidak ke luar negara, anda boleh mengisi borang reassessment untuk mendapatkan status MySejahtera kembali biru.

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke MySejahtera HelpDesk
  2. Pilih ‘K’, ‘A’ – to redo my assessment.
  3. Isikan “No symptoms, no close contact & haven’t travelled overseas”
  4. Tekan butang Hantar
  5. Anda akan menerima email (Re: MySejahtera Helpdesk Response – Reset health assessment.)
  6. Login semula di MySejahtera and isi semula health declaration form di menu “Things to do”.
  7. Status anda akan kembali menjadi Biru (Risiko Rendah / Low Risk.)
Mysejahtera status
Contoh email yang akan diterima

Jika masih tidak berjaya, anda boleh cuba ke HelpDesk, dan pilih menu ‘O’ and ‘E’.

Anda juga boleh cuba beberapa cadangan berikut:

Mysejahtera status
Mysejahtera status

Semoga membantu.

Baca juga: Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password, Ini Cara Reset Semula

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!