Doa Selamat Ringkas : Panduan Bacaan Rumi dan Maknanya

SENARAI DOA SELAMAT RINGKAS DAN PENDEK SEBAGAI PANDUAN BUAT ANDA

Membaca doa merupakan satu amalan yang diterapkan dalam kehidupan umat Islam sejak kita kecil lagi. Doa-doa ini di ajar kan ke atas umat Islam sebagai salah satu cara untuk kita berhubung dengan Allah S.W.T.

Antara doa yang diajarkan kepada kita adalah doa selamat. Doa ini merupakan satu doa yang dilafaz dan dibaca oleh umat Islam sewaktu menjalankan majlis atau sewaktu menghadapi dugaan.

Tujuan ia dibaca ialah untuk memperoleh keredhaan daripada Allah S.W.T, sekaligus memohon perlindungan daripada perkara-perkara buruk yang tidak diingini sewaktu majlis berjalan. Ia turut diamalkan untuk memelihara keselamatan diri dan keluarga. 

Berikut kami senaraikan kepada anda, doa yang boleh anda amalkan mengikut situasi anda. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lagi.

Senarai Doa Selamat Ringkas

Terdapat beberapa pilihan yang boleh anda amalkan mengikut situasi anda. Berikut adalah senarai doa tersebut:

DOA 1: RINGKAS & PENDEK

Doa pertama ini merupakan doa selamat paling ringkas dan pendek yang boleh anda amalkan setiap hari dalam apa-apa situasi, bagi menjamin keselamatan anda dalam kehidupan seharian anda.

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

‘Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaaròkta dzal jalaali wal ikròòm’

Makna: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memberi keselamatan. Dari keselamatan. Maha Suci Allah, Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.

DOA 2: DOA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Doa Selamat Ringkas

Doa ini pendek tapi merangkumi 10 perkara yang sangat penting.

Sangat mudah untuk dihafal dan diamalkan setiap kali selesai solat. Dituliskan juga dalam tulisan rumi bagi membantu yang tidak berapa cekap membaca tulisan Arab.

InsyaAllah, mustajab doanya dan dikurniakan apa yang kita minta.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ

Allāhumma innā nas aluka salāmatan fiddīn.

Ya Allah, kami mohon keselamatan bagi agama kami.

وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ

Wa ‘āfiyatan fil jasad.

Tubuh badan yang sihat.

وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ

Wa ziyādatan fil ‘ilm

Ilmu yang sentiasa bertambah.

وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ

Wa barakatan fir rizq.

Rezeki yang berkat.

وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ

Wa taubatan qablal maut.

Taubat sebelum meninggal dunia.

وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ

Wa rahmatan ‘indal maut.

Rahmat ketika meninggal dunia.

وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

Wa maghfiratan ba’dal maut.

Keampunan selepas meninggal dunia.

اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ

Allāhumma hawwin ‘alainā fī sakarātil maut.

Ya Allah, mudahkanlah proses kematian kami.

وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ

Wannajāta minannār

Keselamatan dari api neraka.

وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Wal ‘afwa ‘indal hisāb

Kemaafan ketika amalan dihitung.

DOA 3: SELAMAT DARI TIPU DAYA

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

‘Ròbbanaa laa taj’alnaa fitnatal lil qòumidh dhòòlimiin wa najjinaa biròhmatika minal qòumil kaafiriin’

Makna: Ya Tuhan kami, jangan jadikan kami sasaran fitnah dan jauhkanlah kami dari sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat Mu dari tipu daya orang-orang yang kafir.

(Surah Yunus, ayat 85-8

DOA 4: SELAMAT DARI PEMIMPIN ZALIM

رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Ròbbibni lii ‘indaka baitan fil jannati wa najjinii min fir’auna wa ‘amalihi wa najjinii minal qòumidh zhòlimiin’

Makna: Wahai Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam surga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.”

DOA 5: DOA NABI LUTH

رَبِّ نَجِّنِى وَأَهْلِى مِمَّا يَعْمَلُونَ

‘Rabbi najjinī wa ahlī mimmā ya’malụn’

Makna: Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu.

Surah Al-A’raf, ayat 30

DOA 6 : DOA DIJAUHKAN DARI WABAK

Ya Allah, selamatkanlah kami dari bala, wabak dan kesusahan yang menimpa kami, tiadalah kesembuhan melainkan dari Engkau.

Kelebihan Doa

Bagi anda yang mengamalkan doa yang disenaraikan di atas, banyak kelebihan yang bakal anda peroleh daripada amalan tersebut. Antaranya adalah:

  1. Diberikan keselamatan di dunia dan akhirat
  2. Terhindar dari bencana dan malapetaka
  3. Dijauhkan dari tipu daya orang kafir
  4. Dilindungi dari kejahatan orang zalim
  5. Diselamatkan dari pemimpin yang zalim
  6. Dijauhkan dari azab neraka

Diharapkan dengan senarai yang dikongsikan kami ini, ia dapat membantu anda dalam mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya dapat memastikan keselamatan anda terjamin.

Untuk mengetahui doa-doa lain yang boleh anda amalkan sebagai umat Islam, anda boleh dapatkan buku Inilah Doaku yang ditulis oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai panduan anda.

Baca juga: Doa Iftitah: Cara dan Makna Bacaan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!