Doa Sambutan Maulidur Rasul – JAKIM

CONTOH DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

APA KEBAIKAN MAJLIS MAULIDUR RASUL?

Semasa diadakan majlis Maulidur Rasul, akan dimulakan dengan pembacaan Al-Quran, doa, selawat, pembacaan Sirah Nabi, qasidah dan mada’ih (pujian-pujian) ke atas Nabi, menyampaikan dan belajar ilmu melalui ceramah dan tazkirah tentang Nabi saw.

Turut diadakan majlis jamuan makan kepada orang miskin, anak yatim dan semua orang, menggalakkan orang ramai bersedekah, berjumpa sesama orang Islam di samping mempertautkan silaturrahim.

Dapat pula beri’tikaf jika dilakukan di masjid serta mendekatkan jemaah kepada masjid, dapat menghidupkan sunnah-sunnah Nabi termasuklah menuntut ilmu dan lain-lain, melatihkan kanak-kanak dan orang muda untuk mencintai Nabi, bertemu dengan orang-orang yang soleh dan pelbagai kelebihan lain lagi.

Sebenarnya orang yang selalu mengharamkan Maulidur Rasul saw ini dalam banyak perkara merujuk kepada pendapat Syeikh Ibn Taimiyyah, sedangkan beliau sendiri mengatakan di dalam kitabnya Al-Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim:

فَتَعْظِيمُ الْمَوْلِدِ وَاِتِّخَاذُهُ مَوْسِمًا قَدْ يَفْعَلُهُ بَعْضُ النَّاسِ وَيَكُونُ لَهُمْ فِيهِ أَجْرٌ عَظِيمٌ لِحُسْنِ قَصْدِهِمْ وَتَعْظِيمِهِمْ لِرَسُولِ اللهِ .

Maka membesarkan Maulid Nabi SAW dan menjadikannya sebagai musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian orang dan bagi mereka padanya (iaitu pada menyambut maulid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Nabi SAW .

Berikut dikongsikan contoh doa Maulidur Rasul yang boleh dibacakan dalam majlis rasmi atau di rumah.

DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَكْرَمَنَا بِمِيْلاَدِ خَيْرِ اْلأَناَمِ أَرْسَلَهُ رَبُّهُ رَحْمَةً وَقُدْوَةً صَالِحَةً يَقْتَدِىْ بِهِ الْمُؤْمِنُوْنَ. وَيَأْبىَ قُدْوَتَهُ الْجَاحِدُوْنَ الضَّالُّوْنَ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ بَعَثَهُ الله ُ لِلإِيْمَانِ مُنَادِياً وَإِلَى الشَّرِيْعَةِ الْغَرَّاءِ هَادِيًا وَدَاعِيًا وَبِالْمَعْرُوْفِ ءَامِرًا وَعَنِ الْمُنْكَرِ نَاهِيًا وَنَشَرَ فِى النَّاسِ مَبَادِئَ الْعَدَالَةِ اْلإِجْتِمَاعِيَّةِ وَالْحُرِّيَّةِ وَالْمُسَاوَاةِ وَاْلإِخَاءِ حَتىَّ صَارَ الناَّسُ بَعْدَ ذَلِكَ بِنِعْمَةِ اللهِ إِخْوَانًا. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ الَّذِيْنَ سَلَكُوْا طَرِيْقَهُ وَاتَّبَعُوْا نَهْجَهُ وَهَدْيَهُ.

Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.


Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.


اَللَّهُمَّ إِناَّ نَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِيْ بِهَا قُلُوْبَنَا وَ تَجْمَعُ بِهَا أُمُوْرَنَا وَ تَلُمُّ بِهَا شَعَثَنَا وَ تَرُدُّ بِهَا الْفِتَنَ عَنَّا وَ تُصْلِحُ بِهَا دِيْنَنَا وَ دُنْيَانَا.

Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.


اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ

Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

** Klik JOIN untuk mendapatkan kemaskini dan info-info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
http://telegram.me/myJakim ATAU ‘search’ @myJakim,

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Panduan Selawat Maulidur Rasul

doa maulidur rasul jakim
doa maulidur rasul jakim
doa maulidur rasul jakim

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!