DOA APABILA MENDAPAT GAJI
Alhamdulillah gaji dah masuk. Tapi ramai yang gaji masuk terus berbelanja tanpa fikir. Bayar itu ini dah habis.
Perkara pertama bila dapat gaji kita perlu bersyukur pada yang maha pemberi rezeki.
Berikut kami kongsikan doa yang boleh dibacakan ketika mendapat gaji.
Doa ini dikongsikan melalui laman sosial JAKIM.
Jom amalkan bersama!
Doa Ketika Dapat Gaji
Berikut adalah contoh doa yang boleh dibacakan ketika mendapat rezeki atau gaji:
اَللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ ثَمَرِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِيْ مَدِيْنَتِنَا وَبَارِكْ لَنَأ فِيْ صَاعِنَا
“Allahumma Bariklana fi thamarina, wa Bariklana fi Madinatina, wa Bariklana fi saw’ina”
Maksudnya:
Ya Allah, berkati hasil rezeki kami, berkati bandar kami, dan berkati punca rezeki kami.
Kita perlu aturkan gaji secara berhemah agar dapat dibelanjakan dengan sebaiknya.
Jangan lupa sedekah kerana itu adalah pembuka pintu rezeki!
Info Tambahan
Disebutkan dalam kitab al-Azkar karya Imam al-Nawawi bahwa doa ini berasal daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah Ra:
كان الناس إذا رأوْا أول الثمر جاءوا به إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فإذا أخذه رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
اَللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ ثَمَرِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِيْ مَدِيْنَتِنَا وَبَارِكْ لَنَأ فِيْ صَاعِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِيْ مُدِّنَا. اَللهُمَّ إِنَّ إِبْرَاهِيْمَ عَبْدُكَ وَخَلِيْلُكَ وَنَبِيُّكَ وَإِنِّيْ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ وَإِنَّهُ دَعَاكَ لِمَكَّةَ وَإِنِّيْ أَدْعُوْكَ لِلْمَدِيْنَةِ بِمِثْلِ مَا دَعَاكَ بِهِ لِمَكَّةَ وَمِثْلُهُ مَعَهُ
ثم يدعو أصغر وليد يراه فيعطيه ذلك الثمر
“Orang-orang ketika melihat awal pohon mulai berbuah, mereka datang cerita kepada Rasulullah Saw. Kemudian, ketika Rasulullah SAW mengambilnya, beliau berkata:
Allahumma Barik Lana fi Tsamarina wa Barik Lana fi Madinatina wa Barik Lana fi Sha’ina wa Barik Lana fi Muddina. Allahuma Inna Ibrahima ‘Abduka wa Khaliluka wa Nabiyyuka, Wa Inni ‘Abduka wa Nabiyyuka wa Innahu Da’aaka li Makkata wa Inni Ad’uuka li al-Madinati bi Mitsli Ma Da’aaka bih li Makkata wa Mitslihi Ma’ahu”
Maksudnya:
Ya Allah berkatilah buah-buahan kami, berkatilah kota kami, berkatilah mudd (timbangan) kami, berkahilah sha’ (sukatan) kami. Ya Allah Sesungguhnya Ibrahim adalah hamba-Mu, kekasih-Mu, lagi Nabi-Mu. Dan aku adalah (juga) hamba-Mu dan Nabi-Mu. Ibrahim mendokan Mekkah maka aku berdoa untuk Madinah layaknya Ibrahim berdoa untuk Mekkah atau yang melakukan hal yang sama dengan Nabi Ibahim.”
Kemudian setelah berdoa, Nabi SAW memanggil anak kecil lalu memberikan buah kepadanya.
Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)