Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)

Berzikir dan membaca doa selepas solat fardhu adalah amalan yang digalakkan.

Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas solat fardhu

Kelebihan Zikir & Doa Selepas Solat Fardhu

Menurut Mufti WP menerusi Al-Kafi #713, antaranya kelebihan zikir dan doa selepas solat fardhu antaranya adalah:

1. Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari.

Rasulullah saw menjawab :

جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

Maksudnya :”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardhu.”

Riwayat al-Tirmizi ( 3499).Beliau (Imam al-Tirmizi) berkata : Hadis ini adalah hadis Hasan.

2. Daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata :

أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ

Maksudnya :” Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardhu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.”

Riwayat al-Bukhari (841) & Muslim (1346)

3. Daripada Thauban r.a. Beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا وَقَالَ  اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

Maksudnya :” Rasulullah saw apabila selesai menunaikan solat Baginda beristighfar sebanyak 3 kali seraya menyebut  : اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَام.”

Riwayat Muslim (1362)

4. Daripada al-Mughirah Bin Syu’bah r.a. Beliau menulis surat kepada Mu’awiyah:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Maksudnya :” Sesungguhnya Rasulullah saw apabila Baginda selesai menunaikan solat Baginda mengucapkan : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ

Riwayat al-Bukhari (844) & Muslim (1366)

Kata Ibn Zubair : “Rasulullah saw mengucapkannya setiap kali selepas menunaikan solat.”

5. Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Maksudnya :” Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali. Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan : الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.”

Riwayat Muslim (1380)

Melalui riwayat-riwayat hadis di atas bahawa amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan.

Berikut dikongsikan beberapa contoh doa selepas solat yang ringkas dan boleh dijadikan amalan.

Adab Berdoa

1. Memuji Allah

Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW  adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT.

2. Berselawat

Setelah memuji Allah, ia diikuti dengan berselawat kepada Rasulullah SAW.

3. Merendahkan Suara

Berdoa dengan rasa rendah diri, khusyuk, bersungguh-sungguh dan penuh harapan.

4. Menghadap Kiblat

Menghadap Kiblat, mengangkat kedua tangan dan menyapu kedua tangan ke muka setelah selesai doa.

5. Memilih Waktu Mustajab

Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut.

Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.

Kita juga digalakkan memilih suasana yang mulia seperti dalam keadaan sujud, ketika suasana getir dalam peperangan, ketika hujan turun, ketika iqamah solat dan selepasnya.

Baca juga : Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha

Contoh Doa Selepas Solat Yang Boleh Diamalkan

Dipetik daripada laman Facebook Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), berikut adalah contoh doa selepas solat yang boleh diamalkan.

Doa Selepas Solat Yang Dicadangkan Ketika Situasi Wabak

Bagi memohon keselamatan dan perlindungan Allah SWT, berikut adalah doa-doa untuk dibacakan selepas solat dalam situasi wabak COVID-19 yang dicadangkan oleh Oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ،

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَسْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ

Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan ‘afiah.”

Semoga dengan doa, rintihan dan munajat kita kepada-Nya, Allah SWT berkenan untuk memakbulkan permintaan kita ini.

*Oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Baca juga : JAKIM: Panduan Solat Tarawih Bersendirian Sepanjang PKP

Jadikan Doa Senjata Kita

Sebenarnya kita boleh berdoa dalam apa jua bahasa yang kita selesa.

Maka tidak perlu tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu jika kita terlupa dan tak mampu menghafal kesemua doa ini.

Yang penting, selepas solat nanti cubalah berada pada posisi itu buat seketika untuk berzikir dan berdoa.

Niatkan kita baca itu kerana mengikut sunah Nabi SAW.

Insha Allah, ia dapat menjadi nilai tambah kepada amalan dan ibadat kita.

Rujukan: Doa Selepas Solat oleh Taqwa

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!