Dividen SSPN ialah kadar pulangan atau “dividen” yang diberikan kepada akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) setiap tahun oleh PTPTN.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2025 adalah [AKAN DIKEMASIKINI].
Semakan boleh dilakukan melalui portal rasmi SSPN di: https://www.ptptn.gov.my/
Sementara itu, dividen SSPN bagi tahun sebelumnya (2024) adalah 4.05 peratus, antara yang terbaik dalam tempoh 10 tahun.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, dividen SSPN tahun lalu memberi manfaat kepada 6.77 juta pendeposit akaun Simpan SSPN dan membabitkan peruntukan RM439.87 juta.
Katanya, pemberian dividen lebih tinggi ini sekali gus menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus cemerlang, berintigriti dan strategik bagi memastikan pulangan optimum kepada pelanggan.
Apa Itu Dividen SSPN?
Dividen SSPN ialah pulangan tahunan yang diberikan oleh PTPTN kepada pemilik akaun Simpan SSPN (SSPN‑i / SSPN‑i Plus) berdasarkan hasil pelaburan dana SSPN.
Kadar ini dikira berdasarkan baki simpanan SSPN‑i/SSPN‑i Plus yang aktif semasa proses agihan, kemudian dikreditkan secara automatik ke akaun pendeposit bermula sekitar 2 Mei.
Pendeposit boleh semak penyata dividen terkini melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN.
Pengagihan Dividen SSPN 2026 Bagi Tahun Kewangan 2025
Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.
Pendeposit Simpan SSPN boleh membuat semakan agihan dividen di penyata simpanan masing-masing secara dalam talian di portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN mulai [akan dikemaskini].
Dividen SSPN biasanya diumumkan setiap awal April dan akan dikreditkan ke akaun SSPN bermula sekitar 2 Mei.
Pendeposit boleh semak penyata dividen melalui portal www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN selepas tarikh tersebut.
Kadar Dividen SSPN 2025
Untuk makluman dividen SSPN 2025 adalah [akan dikemaskini], iaitu … berbanding tahun sebelumnya. Dividen ini akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.
Berikut adalah senarai kadar dividen SSPN tahun-tahun lalu:
- 2025: [akan dikemaskini]
- 2024: 4.05%
- 2023: 3.60%
- 2022: 3.05%
- 2021: 3.00%
- 2020: 4.00%
- 2019: 4.00%
- 2018: 4.00%
- 2017: 4.00%
Semakan Penyata SSPN
Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN mulai [akan dikemaskini]. – Jangkaan tarikh dividen SSPN diumumkan adalah pada bulan MEI seperti tahun lalu.
Sila layari https://www.sspn.com.my/ untuk membuat semakan.
Laman web SSPN Online dibangunkan oleh PTPTN untuk memudahkan pendeposit untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit dan lain-lain.
Anda boleh rujuk panduan dibawah untuk membuat pendaftaran kali pertama. Jika anda telah mendaftar SSPN Online sila klik “Semakan Penyata” untuk akses.
Semakan juga boleh dilakukan secara manual dengan hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Cara Daftar SSPN
Bagi yang belum ada akaun SSPN dan berminat untuk mendaftar untuk anak-anak, sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi SSPN melalui pautan https://www.sspn.com.my/
- Klik butang daftar. Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus atau SSPN Plus.
- Isikan maklumat anda selengkapnya.
- Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456
- Sila sahkan kata laluan yang digunakan.
- Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan.
- Setelah berjaya log masuk, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook PTPTNOfficial https://www.facebook.com/PTPTNOfficial
- Facebook MOHEOfficial https://www.facebook.com/MOHEOfficial
- Youtube PTPTN TV https://www.youtube.com/@PTPTNTV
Soalan Lazim Dividen SSPN
Dividen SSPN ialah pulangan tahunan yang diberikan oleh PTPTN kepada pemilik akaun Simpan SSPN berdasarkan hasil pelaburan dana SSPN. Dividen ini dikira mengikut kadar yang diumumkan setiap tahun dan dikreditkan terus ke akaun SSPN anda.
Dividen SSPN biasanya diumumkan setiap awal April dan akan dikreditkan ke akaun SSPN bermula sekitar 2 Mei tahun berkenaan. Pendeposit boleh semak penyata dividen melalui portal www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN selepas tarikh tersebut.
Anda layak jika memiliki akaun SSPN‑i/SSPN‑i Plus yang aktif pada masa agihan dividen dibuat. Akaun yang tersenarai dalam status aktif (tidak tertutup atau tidak sah) akan menerima dividen secara automatik.
2023: 3.60%
2024: 4.05% (tertinggi dalam 10 tahun)
2025: (akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi)
Dividen dikira berdasarkan:
– Purata baki bulanan terendah akaun SSPN dalam tahun berkenaan.
– Kadar pulangan pelaburan bersih dana SSPN yang ditetapkan oleh PTPTN.
Hasil pengiraan tersebut dikreditkan terus ke baki simpanan SSPN tanpa perlu tuntut.
Dividen SSPN tidak dikenakan cukai biasa, kerana SSPN adalah skim simpanan bersubsidi kerajaan. Namun, terdapat pelepasan taksiran cukai pendapatan tertentu untuk simpanan SSPN yang perlu dirujuk kepada panduan rasmi PTPTN dan LHDN.
– Log masuk ke portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau aplikasi myPTPTN.
– Pergi ke Penyata Akaun SSPN atau bahagian Simpan SSPN untuk melihat dividen tahunan yang telah dikreditkan.




