e-Semakan CBP : Semak Penyata & Dividen Co-opBank Pertama

Co-opBank Pertama (CBP) mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata peningkatan jumlah bayaran itu berbanding RM58.94 juta pada 2021, akan memberi manfaat kepada 91,133 anggota CBP yang layak.

“Jumlah syer keseluruhan CBP adalah RM985.43 juta setakat 31 Dis 2022,” katanya dalam kenyataan bertarikh 6 Julai 2023.

Semakan Dividen CBP 2023 Co-opBank Pertama

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen bagi syer biasa dan syer keutamaan (iRCPS) CBP bagi tahun kewangan berakhir 2022 seperti yang dimohon.

Kadar dividen bersih bagi tahun 2022 adalah sebanyak 6.88 peratus bagi syer iRCPS dan 6.30 peratus bagi syer biasa dan ini juga adalah setanding dengan jumlah dividen yang dibayar oleh dana pelaburan lain di Malaysia.

Cara Pengeluaran Dividen CBP

Pengeluaran dividen secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web e-Semakan CBP bermula 7 Julai 2023 di https://dividen.cbp.com.my.

Manakala penyata dividen boleh disemak mulai 11 Julai 2023.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, CBP merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM103.43 juta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun 2021 yang berjumlah RM86.14 juta, didorong oleh pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan oleh pengurusan CBP.

Soalan Lazim

Berikut dikongsikan soalan lazim (FAQ) berhubung pembayaran dividen 2022 oleh pihak CBP untuk makluman semua anggota terlibat.

co-opbank pertama dividen cbp
co-opbank pertama dividen cbp

NOTA:

Maklumat pembayaran dividen 2022 pada 7 Julai 2023,Jumaat ke akaun simpanan CBP para anggota.

Pengeluaran dividen boleh dibuat di kaunter cawangan atau transaksi IBG e-semakan bermula 7 Julai 2023 .

Baca juga:

Mengenai CBP

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP) adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 yang dikawalselia bersama oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh shariah dan mempunyai 29 buah cawangan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://www.cbp.com.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!