Dividen Akaun 3 KWSP & Cara Daftar Akaun Fleksibel

Berapa dividen yang akan diagihkan kalau kita pindahkan wang ke Akaun 3 KWSP? Bagaimana cara nak daftar Akaun 3 KWSP? Mesti ini antara pertanyaan yang ramai nak tahu. Untuk menjawab persoalan ini, jom baca selanjutnya.

Penstrukturan Semula & Akaun 3 KWSP

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli di samping memenuhi keperluan kitaran hidup semasa mereka.

Di bawah inisiatif ini, akaun ahli KWSP akan distruktur semula daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun.

  • AKAUN 1 – AKAUN PERSARAAN
    • Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.
    • Simpanan di Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli berumur 55 tahun. Bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
  • AKAUN 2 – AKAUN SEJAHTERA
    • Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
    • Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:
      • i.    Perumahan
      • ii.   Pendidikan
      • iii.  Kesihatan
      • iv.  Perlindungan Insurans
      • v.   Haji
      • vi.  Umur 50 Tahun
  • AKAUN 3 – AKAUN FLEKSIBEL
    • Akaun Fleksibel bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 
    • Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Dividen Akaun 3

Buat masa ini, kadar dividen untuk Akaun 3 (Fleksibel) ditetapkan pada kadar yang sama seperti Akaun 1 (Persaraan) dan Akaun 2 (Sejahtera).

Selain itu, penstrukturan semula akaun KWSP tidak akan mengubah akaun ahli yang telah bertukar ke Simpanan Shariah.

Contoh Senario / Pelaksanaan

Ini contoh KWSP Akaun 1,2 & 3…
Senario 1 kalo hampa takmau transfer apa2 dari Akaun 2 ke 3…jadi balance hampa akan 0..
Senario 2 pulak kalau hampa nak transfer… gambar contoh jika Akaun 2 ada lebih RM3ribu..(PENGELUARAN HANYA SEKALI)

10/30 akan masuk ke Akaun 3
5/30 akan masuk ke Akaun 1
Dan selebihnya 15/30 kekal kat Akaun 2

Akaun 3 ni jadi macam saving Akaun, maknanya hampa boleh keluar duit anytime, min RM50..

Kena inform KWSP kalau nak buat cara 2 samada online atau pi KWSP..boleh buat dari 11 Mei hingga 31 Ogos…kalau tak buat ataupun dah selepas 1 Sept akan jadi macam cara 1…

dividen akaun 3

Dalam masa yang sama lepasni Caruman bulanan KWSP hampa (Majikan + Pekerja) akan split kepada 3 :
Akaun 1 – 75%
Akaun 2 – 15%
Akaun 3 – 10%

Maknanya kalau Caruman bulanan RM1,000 (Majikan RM550 + Pekerja RM450), jadi akan split jadi RM750, RM150 & RM100..
Balance kat Akaun pulak jadi

(Cara 1)
Akaun 1 – RM70,750
Akaun 2 – RM30,150
Akaun 3 – RM100

(Cara 2)
Akaun 1 – RM75,750
Akaun 2 – RM15,150
Akaun 3 – RM10,100

Dividen tahunan bergantung hampa ambik Konvensional ataupun Syariah.

Sumber: Info Sungai Petani

Baca selanjutnya: Akaun 3 KWSP – Pengeluaran / Pemindahan Akaun Fleksibel

Cara Daftar Akaun 3 KWSP

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan (rujuk soalan 12) dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-

  • i.    Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
  • ii.   Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
  • iii.  Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera

  • i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. 
  • ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera. 
  • iii. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.
daftar akaun 3 kwsp

Baki Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah:

daftar akaun 3 kwsp

Cara daftar pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP adalah melalui saluran berikut:

  • i.  KWSP i-Akaun ; atau
  • ii. Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

akaun 3 kwsp
Sumber: Soalan Lazim Penstrukturan Semula Akaun KWSP
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!