Cara Elak RM200 Ditolak Ketika Isi Minyak Kenderaan Guna Kad

Adakah anda ingin tahu cara mudah untuk elak duit ditolak RM200 ketika isi minyak kenderaan guna kad debit?

Bagi yang pernah mengisi minyak kenderaan menggunakan kad debit, anda mungkin pernah mengalami situasi cemas apabila duit anda ditolak sebanyak RM200 padahal jumlah minyak yang diisi tidak sampai dengan amaun yang ditolak?

Walaupun duit tersebut akan dikembalikan kemudiannya, situasi ini pastinya mencemaskan lebih-lebih lagi wang tersebut adalah saki-baki wang anda yang tinggal untuk bulan tersebut.

Kenapa RM200 kena tolak dari kad debit?

Bagi anda yang tidak tahu, jumlah RM200 adalah proses transkasi pra-kelulusan yang dibuat ke atas kad debit dan kad kredit anda apabila anda leret (swipe) kad anda ketik mengisi minyak di stesyen minyak.

Tujuan transaksi ini dibuat adalah pihak bank mengambil langkah untuk menolak RM200 sebagai pengesahan bahawa kad debit/kredit tersebut adalah aktif dan mempunyai baki yang mencukupi.

Setelah selesai mengisi minyak, jumlah sebenar yang digunakan akan dihantar ke pihak bank dan baki transaksi akan kembali didebitkan ke akaun pengguna bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa di antara 3 hingga 5 hari.

Artikel berkaitan: Kad Minyak Shell: Transaksi Pembelian Lebih Mudah & Selamat

Cara elak RM200 ditolak ketika isi minyak kenderaan guna kad debit

Bagi yang tidak tahu, kini sudah terdapat cara untuk elak duit RM200 ditolak daripada akaun anda apabila meleret kad debit atau kredit ketika mengisi minyak di stesyen minyak.

Anda boleh mengelakkan RM200 ditolak dengan mengikuti langkah-langkah berikut setiap kali mahu mengisi minyak:

elak RM200 ditolak

Guna fungsi preset – Tetapkan jumlah minyak yang ingin diisi ke dalam tangki kenderaan anda. Anda perlulah pandai membuat anggaran berapakah jumlah yang perlu dibayar untuk memastikan minyak dapat diisi penuh ke dalam tangki kenderaan anda.

Masukkan jumlah – Pada paparan skrin, masukkan amaun minyak yang ingin diisi dalam jumlah Ringgit Malaysia (RM). Kemudian tekan butang Confirm.

elak RM200 ditolak

Tap kad – Tap kad anda pada bahagian pengimbas kad.

Isi minyak – Isi minyak seperti biasa tanpa perlu risau duit ditolak sehingga RM200.

Diharapkan panduan dan tips ringkas ini untuk membantu anda elak ditolak RM200 ketika isi minyak di pam stesyen minyak guna kad debit / kredit menggunakan fungsi preset.

Sumber: Tiktok Altimat Saujana

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!