Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2026

dermasiswa sultan ismail petra
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK 2026 dibuka menerusi pautan https://eagihan.e-maik.my/.

Bantuan pengajian berbentuk Dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar.

Mengenai Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK

Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK merupakan satu bentuk bantuan kewangan zakat (dermasiswa) disediakan bagi meringankan beban anak-anak asnaf Negeri Kelantan yang menyambung pengajian di institusi Pengajian Tinggi merangkumi pelbagai bidang bermanfaat.

Bantuan dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar.

Untuk dermasiswa kali ini, permohonan dibuka kepada mereka yang melanjutkan pengajian ke IPT luar negara dan dalam negara.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Februari 2026 sehingga 30 April 2026 secara atas talian.

Syarat Umum

Pemohon perlulah menepati syarat umum yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Pemohon termasuk ibubapa / penjaga beragama ISLAM.
  2. Pemohon termasuk ibubapa / penjaga merupakan warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastauntin menetap di Kelantan sahaja.
  3. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Jumlah pendapatan keluarga adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan. (Pendapatan kasar)
  5. Tidak mendapat tajaan pembiayaan (termasuk pinjaman boleh ubah) atau dermasiswa atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bantuan kewangan/ pinjaman agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
  6. Pemohon bukan dalam kalangan penerima zakat mana- mana bantuan IPT atau dermasiswa dari MAIK pada tahun semasa atau / dan pada sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan dari tarikh dikreditkan bayaran.
  7. Permohonan adalah terbuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja (pengajian separuh masa atau part time atau setaraf atau pengajian berelaun adalah tidak layak memohon)
  8. Dermasiswa ini ditawarkan khusus kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sekurang-kurangnya Diploma dan/atau Ijazah pertama sahaja. (Program lain termasuk Sarjana (Master), Ijazah Kedoktoran (PhD), serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), sama ada di dalam atau luar negara, adalah tidak layak memohon.
  9. Baki tempoh pengajian pemohon hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tamat pengajian dan tarikh permohonan dihantar.
  10. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MAIK.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti:

i- Pelajar Luar Negara (Timur Tengah)

  1. Memperoleh keputusan Mabul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun seterusnya.
  2. Bagi peringkat kemahiran Bahasa Arab (Lughah), permohonan dan kelulusan adalah maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian dan pada tahun semasa sahaja.
  3. Terbuka kepada pemohon warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan.
  4. Maksimum kelulusan bantuan dermasiswa adalah 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.
  5. Kadar dermasiswa adalah sepertimana keputusan pengajian bermula Tahun 1 peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja (bukan keputusan STAM atau setaraf dengannya) iaitu; Mumtaz (RM 10,000), Jayyid Jiddan (RM 7,000), Jayyid (RM 6,000) dan Maqbul (RM 5,000).

ii- Pelajar Luar Negara (Selain Timur Tengah)

  1. Memperoleh minimum PNGK 3.00 dan / atau *keputusan 75% lulus dan layak menyambung pengajian ke tahun seterusnya.
    *Pemohon yang tidak melibatkan sistem PNGK sahaja
  2. Kadar dermasiswa adalah sebanyak RM5,000 (bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja).

iii- Pelajar Dalam Negara

  1. Memperoleh minima PNGK 3.00 dan / atau *keputusan 75% lulus dan layak menyambung pengajian ke tahun seterusnya.
    *Pemohon yang tidak melibatkan sistem PNGK sahaja
  2. Pemohon hendaklah memperoleh sekurang-kurangya keputusan semester 2 dan ke atas pada peringkat semasa dan/atau berada di sesi pengajian tahun 2 ke-atas sahaja.
  3. Kadar dermasiswa adalah: (Pra Siswazah Sahaja)
    -Diploma (RM2,500.00)
    -Ijazah Sarjana Muda (RM2,500.00)

Cara Memohon

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian di pautan http://eagihan.e-maik.my/

Permohonan akan ditolak dan tidak akan diproses sekiranya:

  • Dokumen yang tidak lengkap melebihi 3 kali.
  • Permohonan dihantar selepas dari tahun permohonan. (e.g Dokumen Tidak Lengkap 02/01/2025, hantar semula permohonan 02/01/2026.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK?

Dermasiswa ialah satu bentuk bantuan kewangan zakat (dermasiswa) disediakan bagi meringankan beban anak-anak asnaf Negeri Kelantan yang menyambung pengajian di institusi Pengajian Tinggi merangkumi pelbagai bidang bermanfaat.

Bilakah tarikh permohonan dibuka untuk tahun 2026?

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Februari 2026.

Adakah permohonan dibuka hanya untuk pelajar yang menyambung pengajian di IPT luar negara sahaja?

Tidak. Permohonan dibuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di IPT luar negara dan dalam negara.

Berapakah jumlah pendapatan kasar keluarga bagi pemohon yang layak memohon?

Jumlah pendapatan keluarga mestilah adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Bagaimanakah cara untuk memohon dermasiswa ini?

Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://eagihan.e-maik.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Dermasiswa Sultan Ismail Petra, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan MAIK di talian 09-7421519 atau email ke [email protected].

Baca juga: FLYsiswa 2026 – Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut